"Ya Tuhanku ampunilah aku, rahmatilah aku,
perbaikilah aku, angkatlah darjatku, berilah aku rezeki, pimpinlah aku, afiatkanlah aku dan maafkanlah aku."

KUALA LUMPUR, 21 Mac: Artis kacukan Inggeris, Arab dan Melayu, Sharifah Sofia Syed Hussein yang menjadi tumpuan isu ekoran tersebarnya gambar dia bermesra dengan dua ekor anjing milik rakannya merayu orang ramai khususnya peminatnya tidak “pandang rendah” pegangan agamanya.

“Sudah pasti tahu. Kena samak. Janganlah pandang rendah dengan ilmu agama Sofia.

“Sofia tahu batas-batas dalam agama. Air liur anjing itu haram.

“Kita tidak boleh memegang anjing dalam keadaan basah. Kalau ada perkara yang Sofia tidak tahu, pasti Sofia bertanya orang yang lebih tahu,” kata beliau dipetik Mingguan Malaysian.

Sehubungan itu, Sofia menyedari yang dia bukan insan yang sempurna, ada kecacatan dan kekurangan.

Sofia menjelaskan. dia tahu mungkin ada orang yang kurang senang dengan perlakuan Sofia memegang anjing itu.

Tetapi katanya, janganlah pandang sebelah mata berkaitan isu itu.

“Tidak wajar terus menghukum seseorang atas apa sahaja perlakuan.

“Mana satu yang teruk? Orang yang bermain dengan anjing atau orang yang memperlekehkan individu yang bermain anjing?

“Sofia juga tidak kisah kalau masyarakat masih berterusan mahu bercakap tentang isu ini. Terpulanglah kepada mereka,” katanya.

Justeru, Sofia hairan mengapa baru sekarang orang mula bising pasal gambar yang disebarkan itu.

“Perkara itu sudah berlaku setahun sudah. Mengapa tidak ditimbulkan ketika itu juga,” katanya sambil menambah “Sofia sangat terbuka dengan soal ini.”

“.. tak kisah. Asalkan kita tahu batasannya,” katanya lagi.

Artis berusia 25 tahun ini menambah, gambar tersebut dirakamkan tahun lalu tetapi tidak ingat dengan tepat tarikh rakaman dibuat.

Tetapi dia menambah anjing-anjing itu adalah milik rakannya di Shah Alam, Selangor.

Kata Sofia, bagi dirinya memegang anjing bukan satu masalah yang besar selagi tahu apa yang perlu dilakukan selepas menyentuh makhluk berkenaan.

“Dua ekor anjing itu bukan kepunyaan saya. Pemiliknya adalah seorang rakan. Dia pun orang Melayu juga. Kedua-dua anak anjing itu baka German Shepherd.

“Kebetulan hari tu, kawan Sofia ni membawa dua ekor anjingnya berjalan-jalan dan singgah di hadapan rumah. Jadi, Sofia gunakan peluang itu untuk bermain dengan mereka,” katanya sambil mengakui dia memang suka anjing.

“Bukan sahaja anjing, malah kucing, burung, tikus hiasan, burung, arnab, ikan. Binatang macam tuntung dan ikan pun Sofia suka juga,” katanya.

Sofia juga berkata dia pernah membela anjing di rumah satu masa dulu.

“Anjing itu adalah anjing liar yang datang rumah Tetapi tidak lama kemudian terpaksa halau keluar anjing tu sebab ramai saudara dan sahabat handai tak mahu datang ke rumah selepas Sofia membelanya. Dia orang takut agaknya,” katanya.

Menjawab soala mengapa suka anjing, Sofia menambah anjing berperanan sebagai penjaga dan pengawal rumah.

“Penghuni rumah rasa selamat sekira membelanya. Binatang ini juga ada perasaan.

“Dia tahu kalau ada orang lain pasang niat jahat pada kita. Bukankah anjing juga pengawal pada zaman Rasulullah? Kenapa perlu takut?” katanya.

Bagaimanapun kata Sofia kini bukan masa yang sesuai untuk membela anjing.

“Banyak yang perlu difikirkan. Antaranya kos untuk membela anjing ini. Kena pastikan makanan dan tempat tinggal terjaga.

“Kalau tidak sempurna, berdosa pula kita,” katanya lagi.

-malaysianinsider-

Tiada ulasan: