"Ya Tuhanku ampunilah aku, rahmatilah aku,
perbaikilah aku, angkatlah darjatku, berilah aku rezeki, pimpinlah aku, afiatkanlah aku dan maafkanlah aku."

Menjawab Tulisan Seorang Tuan Guru.

sebatang_kara

Saya telah terjumpa satu artikel daripada Utusan Melayu (kitab suci UMNO)hasil nukilan seorang Tuan Guru Pondok di Kelantan iaitu Tuan Guru Abdullah dari pondok Genting Tumpat, Kelantan. Artikel ini saya jumpa melalui seorang sahabat yang juga Anti PAS di facebook. Daripada apa yang dinyatakan artikel ini bertarikh 21 Mac 2010.

Saya tidak mahu berspekulasi samada Tuan Guru ini dibayar atau tidak daripada hasil ulasan beliau terhadap PAS tapi mungkin saya boleh menjawab Tuan Guru ini dengan selesa kerana hujah yang dikeluarkan hanyalah akal semata-mata tetapi tidak dinaskan kepada Al-Quran dan Sunnah.

Kata Tuan Guru:

Bermula sejak tahun 1987 apabila seorang pemimpinnya, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat menyatakan sifat 20 Allah SWT direka oleh Greek dan Yunani.

Jawab saya:

Saya tidak mahu berbicara panjang bab ini, namun pengajian sifat 20 ini menjadi satu perdebatan hangat kalangan ulama. Ada ulama bersetuju dan ada ulama keras mengkritik keras pengajian sifat 20 ini kerana ia bersangkutan dengan ilmu kalam. Oleh itu kritikan Datuk Nik Aziz itu sendiri salah satu cabang pendapat terhadap sifat 20 ini. Untuk lebih pencerahan sahabat-sahabat semua boleh melayari Youtube dan boleh mendapatkan perdebatan dan hujah terhadap pengajian sifat 20 ini.

Kata Tuan Guru Lagi:

Saya mengkaji semula perlembagaan negara dan saya menemui bahawa kemerdekaan itu bukannya hak mutlak orang Melayu Islam tetapi sebahagian kecil tanah air ini mungkin 20 peratus telah ditinggalkan untuk penganut agama lain. Selepas itu, saya menyedari bahawa UMNO yang memerintah melalui gagasan Barisan Nasional (BN) berada dalam keadaan 'darurat' yang mana sebahagiannya terpaksa dikongsi bersama dengan orang bukan Islam maka tidak wajib bagi kerajaan untuk melaksanakan hukum hudud dan takzir sepenuhnya.

Jawab saya lagi:

Nampaknya Tuan Guru juga sudah jadi semacam UMNO apabila menjadikan Perlembagaan Persekutuan Tulisan Kafir Harbi Lord Reid lebih suci daripada Al-Quran dan As-Sunnah. Banyak kali sahabat-sahabat dan saya tekankan sebelum ini bahawa kita selaku yang mengaku Ummat Islam yang berpegang kepada Al-Quran dan Sunnah sepatutnya mencari jalan untuk membolehkan hukum Islam ini dilaksanakan dan bukannya mencari dalih untuk tidak melaksanakannya. Berbalik kepada Sirah Nabi sendiri ketika Hijrah Nabi Muhammad S.A.W telah dilantik sebagai Ketua Kerajaan Islam di Madinah. Ketika hijrah, di Madinah sendiri masih ramai lagi puak-puak musyrikin, yahudi dan nasrani namun tidak menghalang Nabi Muhammad untuk mensyariatkan hukum Allah ini. Keadaan di Madinah ketika hijrah juga kurang stabil akibat daripada pertelingkahan antara puak. Ini menyanggah pendapat Tuan Guru yang mengatakan keadaan negara kita yang dalam keadaan 'darurat'. Bercakap terma 'darurat' ini, teringat kita akan seorang perempuan upahan UMNO iaitu Dr. Mashitah apabila membenarkan perempuan melacurkan diri kerana darurat. Akibat kritikan hebat perempuan upahan ini terpaksa menarikbalik kenyataan beliau. Berbalik kepada hukum hudud pula, puak2 UMNO bukan hanya tidak mahu melaksanakan hukum hudud, malah menghalang dan akhir sekali mencerca hukum hudud itu sendiri. Pakej 3 dosa besar diborong oleh UMNO. Barangkali UMNO lupa bahawa sesiapa yang menolak walaupun satu huruf dalam al-quran itu, boleh jatuh hukum kafir dan akan kekal dalam neraka buat selama-lamanya jika tidak bertaubat nasuha. Tapi bila UMNO menolak hukum hudud ini bukan satu huruf sahaja, tetapi ajaran al-quran itu sendiri ditolaknya. Adakah golongan semacam ini yang Tuan Guru mahu membelanya. Adakah Tuan Guru mahu bersekongkol dengan celaka-celaka yang mencerca ayat-ayat Al-Quran.

Tuan Guru berkata lagi;

Gagasan Malaysian Malaysia atau pun Malaysia Sederhana yang menyamaratakan hak semua kaum dan agama tidak boleh diterima sama sekali demi menjaga kesucian agama Islam dan hak-hak orang Melayu sebagai kaum pribumi. Saya sedar apabila saya bercakap mengenai perkara ini, penyokong-penyokong Pas dan pakatan pembangkang akan menuduh saya sebagai 'ejen UMNO'. Saya tidak kisah demi agama, bangsa dan negara. Mungkin saya akan menyertai UMNO dalam tempoh dua tiga tahun lagi tetapi buat masa sekarang saya masih ahli Pas yang mahukan perpaduan di antara umat Islam, UMNO dan Pas. Sekiranya UMNO meneruskan perjuangannya untuk umat Melayu dan Islam seperti mana yang kita nikmati selama ini dan bertambah baik pada setiap tahun, tidak mustahil untuk saya menyertai UMNO.

Saya menjawab lagi:

PAS sewaktu konvensyen pakatan rakyat telah secara tegasnya mempertahankan beberapa perkara. Hak keistimewaan melayu mestilah dipertahankan, kedudukan Islam selaku agama rasmi juga harus dipertahankan dan juga kedudukan raja-raja melayu juga harus dipertahankan. Nasihat saya kepada Tuan Guru, jika Tuan Guru berhajat untuk menyertai UMNO dalam 2-3 tahun akan datang teruskanlah niat murni Tuan Guru itu sekarang juga, tak baik bertangguh-tangguh kerana duri dalam daging seperti Tuan Guru ini tak elok disimpan lama-lama. Tuan Guru selaku golongan veteran di Kelantan mungkin sudah lupa ketika PAS diperlakukan seperti Anjing apabila tidak diperlukan semasa PAS berpakat dengan UMNO dulu. Kalau Tuan Guru sudah lupa, maka Tuan Guru juga tergolong dalam golongan Melayu Mudah Lupa seperti yang dicanangkan oleh Dr. Mahathir. Tuan Guru mengagungkan UMNO selaku pejuang UMNO yang unggul. Mungkin Tuan Guru boleh saya samakan dengan katak di bawah tempurung yang mana tempat Tuan Guru di dalam Pondok Tuan Guru semata-mata. Mungkin Tuan Guru tidak pernah keluar untuk melihat akan keperitan orang Melayu yang tinggal di Negeri lain kerana Kelantan lebih 90% adalah Melayu beragama Islam. Tadi Tuan Guru telah nyatakan buat kajian tentang Perlembagaan Malaysia, sekarang sila Tuan Guru buat kajian pula hanya bab rezab tanah Melayu semenjak Merdeka sehingga ke hari ini. Berapa peratus yang tanah rezab tersebut yang telah tergadai ke bangsa lain. Semenjak merdeka berapa peratus kekayaan negara kita milik Umat Islam. Sesungguhnya UMNO memang tidak boleh diharap untuk membela Ummat Islam dan bangsa melayu di negara ini, yang ada hanyalah pengkhianatan semata-mata.

Lagi kata Tuan guru:

Selepas penentangan secara terbuka terhadap Nik Abdul Aziz, pelbagai sekatan saya terpaksa lalui. Sebagai contoh ada antara masjid di negeri tidak membenarkan lagi saya menyampaikan kuliah malah sesiapa yang menghadiri kuliah saya tidak akan menerima bantuan seperti biasa. Sekatan-sekatan itu tidak berkudis pun kepada saya. Pondok Geting semakin padat, menerima murid lebih ramai dari dahulu. Saya amat yakin dengan perjuangan ini kerana jelas pakatan pembangkang yang disertai Pas, Parti Keadilan Rakyat (PKR) dan DAP akan hanya menghancurkan umat Islam. Lihat saja apa yang berlaku di Pulau Pinang dan Perak ketika di bawah kerajaan boneka DAP.

Lagi saya jawab:

Di manakah Tuan Guru semasa kerajaan BN pimpinan Mahathir menarikbalik bantuan kepada sekolah agama rakyat dulu. Sekarang Kerajaan Negeri Pulau Pinang telah menaikkan bantuan kepada hal ehwal Islam sehingga dua kali ganda berbanding Kerajaan UMNO-BN dulu, sekolah-sekolah SAR telah diberikan bantuan semula oleh golongan 'harbi' ini berbanding kerajaan 'islam sejati' dahulu yang menarik balik bantuan kepada SAR. Para-para Huffaz juga dinaikkan bantuannya. Di sini saya nak Tuan Guru menilai sendiri siapa yang lebih 'harbi' sebenarnya. Barangkali Tuan Guru belum pernah menjejakkan kaki ke Pulau Pinang sebenarnya, sebab itulah bercakap hanya mengikut rasa. Kalau betullah cakap Tuan Guru bahawa Tuan Guru tidak dibenarkan menyampaikan kuliah-kulian di Masjid di Kelantan, saya menyokong 100% kerana buat apa bergurukan dengan mereka yang telah bersekongkol dengan perkara-perkara maksiat UMNO.

Lagi Tuan guru berkata-kata:

Saya sendiri membaca sekurang-kurangnya dua akhbar sehari malah kadang kala tujuh akhbar termasuk tabloid parti pembangkang. Saya merujuk semua perkembangan ini dengan kitab-kitab ulung Islam mengenai politik seperti tulisan Imam Nawawi, Sheikh Ibnu Hajar dan Imam Hambali yang jelas menunjukkan apa yang dilakukan oleh UMNO tidak bertentangan Islam.

Lagi saya menjawabnya:

Alhamdullilah Tuan Guru bukan orang yang jumud kerana berfikiran terbuka dan tidak hanya tertumpu kepada UM dan BH semata-mata. Tuan Guru juga merujuk perkembangan ini dalam kitab-kitab ulung Islam. Satu soalan saya kepada Tuan guru, adakah kitab-kitab ulung Islam ini ada menceritakan perihal artis-artis ataupun perihal nombor-nombor ekor.

Akhir sekali Tuan Guru berkata:

Berbalik kepada persoalan pokok, perpaduan sesama umat Islam amat penting. Biar apa pun perbezaan ideologi politik marilah kita bersatu kembali dan lupakan persengketaan, kembali kepada kepada perintah Allah SWT bahawa hendaklah kamu sentiasa memperbaiki saudara-saudara kamu. Maknanya, kalau ada perselisihan, hendaklah kamu mendamaikan antara kedua-duanya (surah Al-Hujurat ayat 10).Sebagai umat Islam kita perlu mentaati pemerintah selagi ia tidak kufur kepada Allah. Tindakan menentang dan menyebakan keburukan kerajaan akan memberikan ruang kepada musuh-musuh Islam untuk mengambil peluang untuk mengganggu gugat urusan negara sehingga menimbulkan pelbagai ancaman.

Saya jawab juga:

Kalau ditanya kepada sesiapa pun, tiada siapa yang mahukan ummat Islam berpecah-belah. Semuanya mahu ummat Islam bersatupadu bukan sahaja di Malaysia tetapi di peringkat Antarabangsa. Tetapi tengoklah dulu pokok penyatuan tersebut, kita tidak mahu bersatu di dalam sebuah tangki najis, kita mahu bersatu di tempat yang mulia seperti Masjid umpamanya. Betul juga kata Tuan Guru kita perlu taat kepada pemerintah selagi ia tidak kufur kepada Allah. Adakah mencerca hukum Allah itu seperti yang telah dilakukan oleh pemimpin kita itu dikecualikan daripada golongan orang-orang yang kufur.

Kepada sahabat-sahabat semua setakat itu sahajalah jawapan akal saya kepada hujah akal oleh Tuan Guru Abdullah daripada Pondok Genting Tumpat. Jika ada sesiapa yang kenal akan Tuan Guru ini minta tolong banyak-banyak sampaikan jawapan saya ini kepada beliau. Kepada sahabat-sahabat UMNO sekelian, sedarlah sesungguhnya anda telah 50 tahun ditipu oleh pemimpin anda yang kononnya berjuang untuk Bangsa, Agama dan Negara. Walaubagaimanapun saya mengucapkan tahniah atas pemilihan Datuk Seri Chua Soi Lek sebagai Presiden Baru MCA. Diharapkan geng-geng UMNO berbahagia di samping seorang artis filem lucah sebagai sahabat baru anda yang setia.

Tiada ulasan: