"Ya Tuhanku ampunilah aku, rahmatilah aku,
perbaikilah aku, angkatlah darjatku, berilah aku rezeki, pimpinlah aku, afiatkanlah aku dan maafkanlah aku."

Perjuangan Mengubah Ketagihan Bukan Mudah, Kekalahan Tidak Luntur Semangat

Menang kalah adat pertandingan, namun menyerah kalah tidak sesekali.

Demikian ucapan pembakar semangat Menteri Besar Selangor, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim kepada penyokong Parti Keadilan Rakyat dan Pakatan Rakyat yang terus menyokong gagasan itu.

“Saya bagi pihak rakan-rakan kerajaan negeri dan kepimpinan negeri mengucapkan terima kasih atas sokongan dan usaha yang dijalankan oleh saudara sekalian.

"Saya berterima kasih kerana kalian berani menyumbangkan bakti dalam keadaan kita melawan jentera satu negara,” katanya pada ceramah selepas pengumuman keputusan pilihan raya Parlimen Hulu Selangor, malam 25 April lalu.
Kata beliau, perjuangan untuk merubah sesuatu yang sudah menjadi ketagihan atau kebiasaan bukanlah sesuatu yang mudah.

“Saya tahu perjuangan kita ini adalah perjuangan yang sangat sukar. Kita hendak menghalang perkara yang membawa kepada rasuah, kita hendak menghalang penyalahgunaan kuasa, kita hendak memperjuangkan rakyat, bukan segelintir manusia.
"Kita mahu lakukan perkara tersebut,” tegas Khalid lagi.

Menyifatkan kemenangan Umno Barisan Nasional di Hulu Selangor bukan kemenangan bersih, Khalid berkata pilihanraya kecil kali ini dicemari dengan taktik seperti rasuah, provokasi melampau dan pengundi hantu.

"Kita akan menghadapi satu masalah iaitu mereka sudah terjebak dalam perkara ini. Sudah menjadi dadah kepada mereka,” katanya.
-tvselangor-

Tiada ulasan: