Muda Mohd Noor
Menteri Pertahanan Datuk Ahmad Zahid Hamidi menjelaskan kepada dewan
negara bahawa perjumpaannya dengan menteri pertahanan Israel, Ehuk Barak tahun lalu tanpa dirancang.Beliau bertemu Barak ketika kedua-duanya menghadiri pentunjukan antarabangsa aeronautic dan udara ke 48 di Paris pada 16 Jun 2009, katanya.
Zahid berkata, beliau segera mengenakan syarat termasuk Barak perlu datang dan berjumpanya seorang diri tanpa diiringi pengawal peribadi dan wartawan.
"Barak yang mengenakan pakaian orang Morocco sebenarnya tahu bahawa saya boleh bercakap dalam bahasa Arab. Beliau berkata kepada saya" abangku," kita adalah anak Adam."
"Saya membalas "ya, kita berdua sama." Tetapi kamu mengamalkan pilih kasih – tangan kanan kamu menawarkan perdamaian, tetapi tangan kiri kamu membunuh abang dan adik di Palestin."
"Saya memberitahunya jika beliau hanya mahu bertemunya untuk menghulurkan tangannya, sebagai menteri pertahanan Malaysia ketika itu saya tidak akan mengiktiraf Israel," beliau menambah.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan