"Ya Tuhanku ampunilah aku, rahmatilah aku,
perbaikilah aku, angkatlah darjatku, berilah aku rezeki, pimpinlah aku, afiatkanlah aku dan maafkanlah aku."

Warkah buat Tok Guru: MENYELESAIKAN kes Anwar dalam seminggu

dewa
MELAYU semakin berpecah apabila UMNO memainkan semula dakwaan liwat ke atas Anwar. Pertuduhan liwat ke atas Anwar yang ditaja hebat oleh UMNO sebenarnya ada suatu kaedah penyelesaian yang lebih mudah. Cara ini bukan cara bersumpah atau cara mahkamah. Tapi cara ini memerlukan bantuan Tok Guru. Bagaimana caranya?

Untuk menyelesaikan isu yang begitu memecahkan kaum Melayu dan memalukan bangsa kita di mata dunia ini, kita mesti kembali kepada Allah. Satu caranya ialah sekiranya kepimpinan PAS mengarahkan seluruh penyokong PAS bersama-sama bersolat berdoa kepada Allah agar menyegerakan pembalasan kepada mereka yang berdusta, samada Saiful atau Anwar.

Selama seminggu, eloklah dibuat solat hajat berjemaah. Molek juga jika kita mulakan pada hari Jumaat.

CADANGAN ini muncul kerana penulis teringatkan betapa mustajabnya doa Tok Guru. Jangan lupa bahawa sedikit hari dahulu, Tok Guru mengimami jemaah bersolat dan berdoa meminta Allah turunkan hujan selepas hujan tidak turun selama beberapa ketika di Kelantan dulu. BELUM PUN habis bersolat, hujan turun mencurah-curah.

Jangan dipandang hina atau diperkecil kemakbulan doa ulamak pewaris Nabi. Penulis muak sungguh membaca kenyataan bersungguh-sungguh Peguam Cara Negara Mohd Yusof bahawa pihak pendakwaan ada bukti kukuh khususnya air mani Anwar di dalam bontot Saiful. Adakah Saiful tidak membuang air selama beberapa hari untuk memastikan air mani Anwar ada di situ?? Pelik.

Eloklah kita doakan agar pihak pendakwaan ditimpa azab sekali sekiranya mereke memang meneruskan pendakwaan dengan niat jahat.

Allah dan Rasul-Nya lebih mengetahui. Wassalam

Tiada ulasan: