Perbicaraan dua beradik dan rakan mereka yang membakar Gereja Metro Tabernacle pada Januari lalu bermula di Mahkamah Sesyen Kuala Lumpur pagi ini dengan pihak pendakwaan mengumumkan bahawa lebih sepuluh saksi akan dipanggil untuk memberi keterangan.
Mereka didakwa mengikut Seksyen 436 Kanun Keseksaan yang membawa hukuman maksimun penjara 20 tahun dan denda jika sabit kesalahan.
Ketiga-tiga lelaki yang bekerja sebagai penghantar surat itu mengalami kebakaran di bahagian badan mereka ketika melakukan perbuatan khianat itu dan mereka ditangkap pada 20 januari lalu.
Timbalan pendakwa raya Azlina Rasdi berkata 10 hingga 12 orang akan tampil sebagai saksi dan pihaknya juga akan mempamerkan rakaman televisyen litar terutup bagi membuktikan dakwaan mereka itu.
Serangan menggunakan bom api pada 8 Jan itu mengakibatkan bahagian bawah gereja tiga tingkat di Desa Melawati, Kuala Lumpur itu musnah.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan