"Ya Tuhanku ampunilah aku, rahmatilah aku,
perbaikilah aku, angkatlah darjatku, berilah aku rezeki, pimpinlah aku, afiatkanlah aku dan maafkanlah aku."

Di mana Linggam Menyorok di sebalik sistem perundangan Yang telus

LeeSlimShady
WAK Din freedie krueger berkata, pendakwaan terhadap bekas Menteri Pengangkutan, Ling Liong Sik membuktikan sistem perundangan dan kehakiman negara tidak berat sebelah sebagaimana yang sering didakwa pihak pembangkang.

Sebaliknya beliau berkata, ia membuktikan sistem perundangan di negara ini adalah saksama dan telus kerana tindakan tetap diambil walaupun terhadap seorang bekas anggota Kabinet daripada Barisan Nasional (BN).

Tapi Wak Din jangan fikir 1 malaysia ni bodoh dengan segala fatwanya yang penuh dengan pembangangan ,itu pasal 1 malaysia dah naik boring negan segala drama - drama mingguan yang dimainkan.

Kelentong jenis apa yang Wak Din nak main kita pun tak tau, oleh itu tak payah lah Wak Din nak kelentong pasal kalau ada ketelusan dimana bersembunyi fail - fail kes Eric Chia yang melibatkan penyelewengan sebanyak berbilion - bilion?

Kemanakah hilangnya Kes Kasitah Gaddam?

Macam Mana dengan Kes Mamat Korek...Korek...korek kat atas tu?

Macam mana dengan kes Isa Samad?

Apa jadi dengan Kes Rafidah Aziz yang sumpah junjung kitabnya tak ambik AP?

Tak payah lah Wak Din nak main Wayang Kulit, ini semua hanyalah kelentong kaw - kaw terhadap 1 malaysia, kalau 1 mlaysia tak percaya lihatlah selepas ini kita akan di persembahkan oleh Drama Wayang Wak Din yang mendakwa bahawa Ling Liong Sik di buktikan tak bersalah sebab tak jumpa bukti.

Tak percaya !!!! nantikan Drama arahan Wak Din Freddie Krueger akan datang Ke pawagam 1 malaysia tidak lama lagi.

http://amkshahalam.blogspot.com

http://www.pejuangpro-demokrasi.blogspot.com

Tiada ulasan: