"Ya Tuhanku ampunilah aku, rahmatilah aku,
perbaikilah aku, angkatlah darjatku, berilah aku rezeki, pimpinlah aku, afiatkanlah aku dan maafkanlah aku."

ESQ mencabar mufti ke mahkamah sivil: Mengapa tidak ke mahkamah syari'ah?

shahil
Amat menarik kronologinya...Mufti Wilayah Persekutuan memfatwakan bahawa ajaran ESQ bercanggah dengan ajaran Islam.Seorang mufti yang memahami maslahah umat wajib memberikan pandangan berdasarkan ilmu yang ada. Lainlah kalau mufti itu berpandangan berdasarkan kedudukannya tanpa mengira sudut maslahah umat.

Persoalannya sekarang ESQ mencabar fatwa mufti Wilayah dari sudut prosedur. Mengapa tidak mencabar dari sudut ajarannya? Seharusnya ESQ mencabar "dari sudut manakah ajaran ESQ bercanggah dengan ajaran Islam".

Apakah ESQ tidak mempunyai hujah untuk mempertahankan ajarannya? Menurut mufti Wilayah, ESQ mengatakan pangkat kenabian boleh diusahakan. Cuba ESQ mencabar hal ini di mahkamah syari'ah...Cuba.

Dan ESQ telah membuka cawangan di beberapa negeri. Amat malang bagi umat Islam di Malaysia. Sudahlah ramai anak remaja bahkan orang dewasa yang kurang didikan agama, kini disogokkan pula dengan ajaran yang meragukan. Namun nampaknya semua itu tidak diperdulikan asalkan wang pendaftearan perniagaan dari lesen perniagaan masuk ke kantong kerajaan, halal haram dan rakyat rosak aqidah peduli apa.

Penulis mengucapkan syabash kepada mufti Wilayah dalam hal ini. Pedulikanlah mufti lain yang tidur dalam hal kerosakan aqidah ini. Tuan mufti Wilayah telah terlepas dari tanggung jawab Tuan. Dan keberanian ini haruslah teruskan kepada apa juga perbuatan yang menyangahi syaral yang dilakukan oleh sesiapa juga dari rakyat mahupun pemerintah. ALLah bersama Tuan dalam mencegah kemungkaran.

Kalau salah kaedah tak apa...tarik balik fatwa, jumpa semula Yang Di PErtuan Agong untuk mengesahkannya...dan keluarkan semula...Simple.

Dan kepada semua umat Islam Malaysia, rujuklah ahli bijak pandai Islam dahulu sebelum memasuki mana-mana progrem motivasi. Untuk memotivasikan diri untuk mengamalkan zikir, mengingati mati dan mengenal ALLah Taala ada tempatnya. Masukilah perkumpulan Tariqat sufi yang benar. Semua ada di sana tanpa perlu memasuki pertubuhan yang belum tentu benarnya.

Wassalam

Tiada ulasan: