Skrin perkhidmatan itu pada kebiasaannya menyiarkan berita terkini mengenai politik di negara tersebut.
Setakat ini, tidak jelas bagaimana imej kurang sopan itu boleh muncul di skrin.
Namun Speaker Parlimen, Marzuki Alie menegaskan bahawa sesiapa yang didapati bertanggungjawab berhubung kesilapan tersebut akan dihukum.
"Sesiapa yang menggodam skrin ini bersikap kurang ajar dan akan dihadapkan ke pihak berkuasa," katanya.
Insiden itu pastinya memalukan Presiden Indonesia, Susilo Bambang Yudhoyono yang baru-baru ini menyokong gesaan agar kawalan ke atas Internet diperketatkan berikutan timbulnya skandal video seks melibatkan tiga selebriti terkenal negara berkenaan iaitu penyanyi band Peterpan, Ariel dengan pengacara Luna Maya dan Cut Tari.
-Agensi-
Tiada ulasan:
Catat Ulasan