"Ya Tuhanku ampunilah aku, rahmatilah aku,
perbaikilah aku, angkatlah darjatku, berilah aku rezeki, pimpinlah aku, afiatkanlah aku dan maafkanlah aku."

Barah: ADUN PAS Galas masuk hospital, keadaan serius

KOTA BARU, 27 Sept: Ahli Dewan Undangan Negeri Galas Che Hashim Sulaima yang menghidap kanser usus telah dimasukkan semula hospital di ibu negara dan keadaannya dikatakan serius.

Wakil rakyat itu pernah dimasukkan ke hospital tempatan dan luar negara pertengahan tahun ini dan 2009.

Beliau berhadapan dengan masalah itu sejak lebih setahun lalu.

Che Hashim dilaporkan dimasukkan ke Pusat Perubatan Kampung Baru minggu lalu.

Pengarah strategi PAS Kelantan Datuk Wan Abdul Rahim Wan Abdullah dipetik The Star mengesahkan keadaan beliau serius tetapi berharap beliau akan sembuh segera.

Beliau pernah dirawat di Hospital Pakar Perdana di Kota Baru dan di sebuah Hospital di Guangzhou, China tahun lalu.

Wakil rakyat penggal pertama itu disahkan menghidap barah usus kira-kira tiga bulan sebelum beliau pergi ke China, selepas menjalani rawatan di sebuah hospital di Kuala Lumpur.

Che Hashim berjaya merampas kerusi DUN Galas dari Barisan Nasonal (BN)dengan majoriti 646 undi pada pilihan raya umum lepas, apabila beliau mendapat 4,399 undi menewaskan penyandangnya Saufi Deraman.

Tiada ulasan: