Pelakon porno yang menjadi Presiden MCA buat hal lagi. Kalau tidak berapa lama dulu dia melabelkan Islam sebagai korup dan punca kemelaratan serta mempersoalkan kedai-kedai di Kota Bharu ditutup pada Hari Raya Korban, kini dia memperlekehkan cara wanita Islam bersalam dengan orang bukan muhrim dan menakut-nakutkan orang Cina dengan negara Islam tajaan PAS tanpa sedikit pun menyelami makna perkataan "Islam" yang berulang kali disebutnya. Itulah yang dia dapat ssetelah berkawan rapat dengan UMNO.
Beriya-iya benar dia menghentam Islam hingga tidak sedar noda zina yang terpalit pada dirinya. Semua orang yang siuman akan berasa hairan bin ajaib jika orang Cina terpengaruh dengan kata-kata beracun yang keluar dari mulut pelakon porno yang sudah pasti tidak bermoral itu.
Lebih menghairankan lagi adalah kesanggupan MB Johor tumpang sekaki mengutuk Islam. Dia mendakwa negara Islam sebagai satu ancaman yang perlu dibanteras. Lupakah dia bahawa konsep itu hanya akan menjadi kenyataan apabila semua rakyat negara ini tanpa mengira agama dan bangsa benar-benar memahami dan menerimanya? Lupakah UMNO bahawa tiada paksaan dalam Islam?
MCA semakin melampau sekarang ini. UMNO pun dah jadi hampir sama dengan MCA. Sudahlah rakan bukan Islam mereka dibiarkan menghentam Islam, mereka yang mengaku Islam pun hentam Islam tanpa segan silu. Sebelum itu, perasuah Isa Samad membuat pengakuan bahawa dia tidak tahu sangat tentang Islam. Namun, secara tersirat dia mengakui pula kejayaan PAS memahamkan prinsip Islam kepada rakan bukan Islam dalam Pakatan Rakyat.
Nampaknya orang Islam dalam UMNO semakin kelam-kabut sejak akhir-akhir ini. Mereka main sesah sahaja tanpa mengira dosa pahala. Sudah tidak takutkah dengan hukuman Allah?
Semua umat Islam di negara ini perlu berhati-hati dan berwaspada dengan golongan ini. Usahlah bersekongkol dengan sikap mereka yang lebih rela mencemarkan kesucian Islam daripada memelihara dan membelanya. Adakah kerana terdesak mereka kehilangan idea untuk berhujah? Adakah kerana kuasa mereka ketepikan agama? Siapa yang mengajar mereka untuk bersikap demikian?
Sebelum terlanjur lebih jauh, beristiqfarlah. Mohonlah keampunan Allah. Kembalilah ke pangkal jalan sebelum diturunkan bala. /TMutiara

Tiada ulasan:
Catat Ulasan