"Ya Tuhanku ampunilah aku, rahmatilah aku,
perbaikilah aku, angkatlah darjatku, berilah aku rezeki, pimpinlah aku, afiatkanlah aku dan maafkanlah aku."

PAS optimis, Felda bukan lagi talian hayat Umno

Nazri Abdullah
LABIS, 22 Jan: Presiden PAS, Datuk Seri Tuan Guru Abdul Hadi Awang berkata, Felda bukan lagi talian hayat Umno kerana masyarakat di tanah rancangan itu sudah mula berubah.

Sehubungan itu, ketika ditemui sementara menunggu pengumuman calon-calon yang bertanding dalam pilihan raya kecil (PRK) Dun Tenang, beliau optimis PAS mampu memenangi PRK ini berdasarkan kepada beberapa faktor.

Ianya, kata beliau termasuk perubahan pengundi muda terutama generasi kedua Felda di samping warga peneroka yang sudah berubah.

Beliau yang juga Ahli Parlimen Marang menambah, selain itu calon PAS yang yang dekat dengan masyarakat dan sokongan rakyat pada Pilihan Raya Umum (PRU) 2008 yang menyaksikan PAS menang di dua Dun Johor turut menjadi faktor kemenangan berpihak kepada PAS pada PRK Tenang.

“Sekurang-kurangnya PAS akan mengurangkan majoriti BN dalam pilihan raya kecil kali ini,” ujarnya.

Pada PRU 2008, PAS memenangi kerusi Dun Sungai Abong dalam kawasan Parlimen Bakri melalui Dr Sheikh Ibrahim Salleh dan Dun Maharani di Parlimen Muar menerusi Dr Mohammad Taslim.

Sementara itu, Timbalan Presiden PKR, Mohamed Azmin Ali berkata, parti itu akan menghantar sekurang-kurangnya 1,000 petugas bagi membantu kempen calon PAS.

Tiada ulasan: