"Ya Tuhanku ampunilah aku, rahmatilah aku,
perbaikilah aku, angkatlah darjatku, berilah aku rezeki, pimpinlah aku, afiatkanlah aku dan maafkanlah aku."

Program Bicara Tokoh dapat sambutan luar biasa

SITI ZALEHA
http://www.wartakedah.net/images/nuar.jpgALOR SETAR: Urusetia Penerangan Kerajaan Negeri Kedah menganjurkan ‘Bicara Tokoh’ yang membahaskan mengenai maqosid syariah dalam konteks masyarakat majmuk.

Tiga tokoh pimpinan ditampilkan bagi mengulas mengenai isu ini, iaitu Menteri Besar Kedah, YAB Dato’ Seri Ustaz Azizan Abdul Razak, Ketua Pembangkang Malaysia, YB Dato’ Seri Anwar Ibrahim yang juga Ahli Parlimen Malaysia serta Presiden Wadah Pencerdasan Ummah, Dato’ Dr Siddiq Fadzil.

Orang ramai membanjiri ruang Dewan Kolej Universiti Insaniah bagi mendengar pandangan, ulasan serta perbahasan ketiga-tiga tokoh yang disegani ini. Hinggakan terdapat masyarakat yang sanggup berdiri di dalam mahupun di luar dewan.

Mengenali Maqosid Syariah adalah satu perkara yang amat berharga kepada seorang muslim yang menyayangi agamanya. Maqosid Syariah adalah perkara yang memberi kebaikan kepada manusia yang menjadikan syariah dalam peraturan ajaran Islam.

Program ini dimulakan dengan ucapan aluan Pengerusi Jawatankuasa ‘Bicara Tokoh’, YB Abd Ghani Ahmad.

Seusai ucapan aluan, perbahasan dikelolakan oleh Pengerusi Wehdah, Cikgu Mohd Azmi Abd Hamid. Orang ramai diberi peluang mengajukan soalan kepada ahli-ahli panel bagi mengulas persoalan yang timbul.

Hadir sama pada program tersebut adalah Speaker Dewan Undangan Negeri Kedah, YB Dato’ Dr Abd Isa Ismail, Exco-Exco, Ahli-ahli Parlimen, Ahli-Ahli Dewan Negeri dan wakil-wakil NGO.
-WK-

Tiada ulasan: