"Ya Tuhanku ampunilah aku, rahmatilah aku,
perbaikilah aku, angkatlah darjatku, berilah aku rezeki, pimpinlah aku, afiatkanlah aku dan maafkanlah aku."

Alahai katak sumpahan Pelabuhan Klang

Amizudin Ahmat
Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) kerusi Pelabuhan Klang Badrul Hisham Abdullah akan membawa isu statusnya dilucutkan semalam ke mahkamah, kata Timbalan Pengerusi Umno Selangor Datuk Seri Noh Omar hari ini.

Bagaimanapun Noh mengakui bahawa Speaker Dewan Undangan Negeri Datuk Teng Chang Khim boleh mengisytiharkan kerusi itu kosongan dan pihaknya menunggu pemakluman rasmi kepada Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR).

Pun begitu Badrul Hisham enggan mengulas apabila ditanya bila beliau akan memfailkan kesnya di mahkamah.

“Tiada komen. Saya akan memaklumkan esok,” kata wakil rakyat penggal pertama itu pada sidang media di sini hari ini.

Badrul Hisham juga mengesahkan beliau akan menghadiri sidang khas Dewan Undangan Negeri Isnin ini.

Wakil rakyat itu menyertai Umno April lalu selepas meninggalkan PKR Oktober 2009.

Pada 8 Mac 2008 beliau bertanding atas tiket PKR.

Pakar perundangan Prof A. Aziz Bari melaporkan speaker Dewan Undangan Negeri mempunyai kuasa untuk mentafsir undang-undang yang berkaitan dengan dewan tetapi mengambil kira perkembangan di Perak dan Kedah, masih awal untuk meramalkan status kerusi Pelabuhan Klang.

Aziz menambah Adun Pelabuhan Klang itu berhak untuk membawa pertikaian tersebut ke mahkamah jika merasakan keputusan Teng semalam sebagai tidak sah.

Justeru katanya, SPR tidak wajar mentafsir status kerusi tersebut memandangkan secara tradisi menjadi hak dan tanggungjawab seorang speaker untuk menentukan kekosongan sementara sesebuah kerusi pilihan raya.

Kata Aziz, buat masa sekarang pertikaian adalah antara speaker dan wakil rakyat berkenaan di mana jika Badrul Hisham tidak berpuas hati dia boleh membawanya ke mahkamah.

“Badrul boleh membawa perkara itu ke mahkamah sebab dia merupakan pihak yang terlibat dalam kes ini.. speaker sebagai ketua dewan dan pengerusi dewan bertanggungjawab untuk menentukan status seseorang wakil rakyat dan kerusi dewan,” kata beliau.

Dalam komennya semalam, penasihat undang-undang Umno Datuk Hafarizam Harun menjelaskan Teng tidak mempunyai kuasa untuk menentukan sama ada kerusi DUN kosong atau sebaliknya.

Berdasarkan kes mahkamah Adun Behrang dua yang lain di Perak, kuasa untuk menentukan kekosongan kerusi itu terletak pada SPR.

Justeru beliau berpendapat tindakan Speaker DUN Selangor mengisytiharkan kekosongan kerusi Pelabuhan Klang sebenarnya adalah cubaan untuk membawa kes Kota Seputeh, Kedah untuk diguna pakai dalam hal di Pelabuhan Klang.

Hafarizam menambah, Speaker DUN Selangor hanya bertanggungjawab untuk memaklumkan kekosongan secara bersurat kepada SPR.

Pada pilihan raya umum Mac 2008, Badrul Hisham, 50, memperoleh 12,397 undi untuk menewaskan calon Bebas Nazir Mansor dan Roselinda Abd Jamil.

Dia memperoleh majoriti 4,407 undi.
SPR masih menunggu notis daripada Speaker.

Sharpshooter - Entah di manalah Anwar pi kutip budak si Badrul Hisham nie.... tak sedar diuntong, menang dulu pun bukanlah sebab calonnya hebat, tapi sebab gelombang tsunami politik 2008.

Dah menang rupanya spesis berudu, membesar menjadi katak sumpahan... kepada kedai2 makanan atau restoran di Pelabuhan Klang yang banyak lalat, bolehlah guna khidmat katak sumpahan ini untuk tangkap lalat...

Kalaulah arwah Mat Nespu masih hidup...dia akan kata "kecik-kecik tak nak mampus..sudah besar menyusahkan orang..."

* KUASA RAKYAT KUASA KERAMAT *
Kalau Takut Dipukul Badai...Usah Berumah Di Tepi Pantai...
Amizudin Ahmat (Din Binjai)

Tiada ulasan: