"Ya Tuhanku ampunilah aku, rahmatilah aku,
perbaikilah aku, angkatlah darjatku, berilah aku rezeki, pimpinlah aku, afiatkanlah aku dan maafkanlah aku."

Wanita serang ibu suami, tikam kekasih abang ipar

KUALA LUMPUR: Menantu ganas. Gelaran itu sesuai buat seorang wanita apabila sanggup menyerang ibu mentua selain menikam dada, tangan dan anggota badan teman wanita abang iparnya dalam kejadian di Taman Bukit Teratai, di sini.

Dalam kejadian kira-kira jam 11 pagi Ahad lalu itu, wanita terbabit meradang selepas ibu mentua berusia 50-an itu menegur perbuatannya mendengar radio dengan kuat dan meminta memperlahankan suara radio kerana bapa mentuanya sedang terlantar sakit.

Menurut sumber polis, wanita berusia 20-an itu, bagaimanapun tidak dapat menerima nasihat itu sebelum berlaku pertengkaran dan dia tiba-tiba menarik rambut mentuanya serta menolak muka warga emas terbabit.

“Wanita itu sekali lagi cuba menendang ibu mentuanya, tetapi cuba dileraikan teman wanita abang iparnya yang kebetulan berada di rumah itu melawat bakal bapa mentuanya,” katanya.

Teman wanita abang iparnya itu menarik wanita terbabit masuk ke dalam bilik untuk berbincang dan menasihatinya, namun kali ini wanita itu bertindak lebih ganas apabila menikam dada dan anggota badan teman wanita abangnya.

“Mangsa yang berlumuran darah menjerit memanggil teman lelakinya kerana khuatir wanita berkenaan bertindak lebih ganas.

“Teman lelakinya yang terkejut melihat keadaan mangsa membawanya mendapatkan rawatan di klinik berhampiran sebelum dihantar ke Hospital Ampang.

“Teman lelaki mangsa kemudian membuat laporan polis berhubung kejadian terbabit.

“Siasatan mendapati wanita terbabit sudah melarikan diri dan polis kini sedang mengesannya bagi membantu siasatan,” katanya.

Menurutnya, mangsa kini berada dalam keadaan stabil selepas menerima rawatan,” katanya.
-hmetro-

Tiada ulasan: