"Ya Tuhanku ampunilah aku, rahmatilah aku,
perbaikilah aku, angkatlah darjatku, berilah aku rezeki, pimpinlah aku, afiatkanlah aku dan maafkanlah aku."

Jangan halang Rosmah jadi PM!

tokpepijat
Mengapa Dhaka bukan Monte Carlo?

Bangladesh adalah bumi terakhir yang bakal dijejaki oleh "Wanita Pertama" Malaysia. Bangladesh, yang benderanya sama dengan bendera PAS cuma warna bulannya merah adalah negara Islam yang mempunyai penduduk hampir 165 juta orang.

Mengapa "Wanita Pertama" ini memilih Bangladesh sebagai destinasi lawatan rasmi beliau selepas Saudi dan Oman?

Apa faedahnya melawat negara yang dikategorikan negara miskin dan sering bergolak politiknya?

Adakah "Wanita Pertama" ini ingin menceburi industri jut? Atau ingin menjadi ajen buruh Bangla? Atau ingin mempromosikan produk PERMATA?

Kalau dari segi projek, beliau sudah ada projek PLKN. Sudah bertaraf jutawan. Itu belum lagi dicampur dengan industri kapal selam dan jet pejuang yang telah dimiliki oleh suaminya.

Inilah yang "memeningkan" pihak pembangkang hatta pihak kerajaan mengapa wanita itu memilih Bangladesh.

Sebenarnya ada satu " ilmu " yang barangkali ingin dimiliki oleh "Wanita Pertama" itu dari negara Bangladesh iaitu "menjadi Perdana Menteri". Tentunya orang yang dihajati untuk bertemu dan menadah ilmu ialah PMSheikh Hasina dan mantan PM Khaleda Zia.

Tentunya Sheikh Hasina dan Khaleda Zia mempunyai ramuan istimewa untuk dikongsikan bersama "Wanita Pertama" Malaysia itu. Mengapa tidak? Ini kerana mereka berdua dapat menjadi PM di sebuah negara yang mempunyai 164 juta penduduk berbanding Malaysia cuma 29 juta sahaja.

Bayangkan bagaimana kedua wanita tersebut dapat menarik undi rakyat yang ratusan juta itu untuk memilih wanita menjadi PM. Tentunya ada ramuan istimewa dan petua khas.

Itulah yang ingin dipelajari oleh "Wanita Pertama" ini.

Jika dahulu pernah Menteri Wanita Shahrizat Jalil mahu wanita jadi MB, maka tentu "Wanita Pertama" ini lebih "bernafsu besar" ingin jadi PM !

Nampaknya "kempunan"lah Muhyiddin, Hishamuddin dan Zahid untuk mengidam kerusi PM selepas PM Najib jika andaian ini menjadi kenyataan.

Bukankah teori RAHMAN telah tamat dan kembali kepada asal iaitu huruf "R" ?

Tiada ulasan: