
Sambil melaungkan "Daulat Tuanku", "Hidup Rakyat" dan "Hidup PR (Pakatan Rakyat), mereka membawa bendera Selangor, Jalur Gemilang dan poster menyokong Sultan dan Menteri Besar, Tan Sri Khalid Ibrahim.
Kumpulan tersebut merancang untuk menyerahkan ikrar taat setia kepada sultan Selangor dan memorandum menyatakan sokongan mereka dan menolak campur tangan pihak luar ke atas pentadbiran Selangor kepada baginda di Istana Shah Alam di Klang yang terletak kira-kira empat kilometer dari masjid berkenaan.
Namun begitu, ketika mereka cuba berarak, mereka dihalang oleh kira-kira 50 anggota polis yang telah berkawal dan membuat sekatan.

Kedua-dua pihak kemudiannya berunding dan pihak polis bersetuju membenarkan 10 orang perwakilan kumpulan itu ke Istana Klang.
Memorandum rakyat Selangor ini bertujuan menyatakan ikrar taat setia dan kasih sayang rakyat kepada Sultan Sharafuddin Idris Shah.
Ia juga bagi menyatakan bahawa rakyat Selangor berusaha sedaya upaya mempertahankan institusi raja selaras dengan prinsip Raja Berpelembagaan.
Antara mereka yang dibenarkan terus ke istana adalah ADUN Meru, Dr Abd Rani Osman dan ketua pemuda PKR, Samsul Iskandar Md Akin. Mereka disertai oleh ahli parlimen Shah Alam, Khalid Samad yang menunggu di pagar istana.
Tiada tangkapan dilaporkan dan kumpulan itu bersurai kira-kira sejam kemudian.
Tiada tangkapan dilaporkan dan kumpulan itu bersurai kira-kira sejam kemudian.
-malaysiakini-
Tiada ulasan:
Catat Ulasan