"Ya Tuhanku ampunilah aku, rahmatilah aku,
perbaikilah aku, angkatlah darjatku, berilah aku rezeki, pimpinlah aku, afiatkanlah aku dan maafkanlah aku."

Ku Li: Kenyataan media saya disalah tafsir


Tengku Razaleigh memberitahu polis kenyataannya yang disiarkan Sin Chew Daily telah disalah tafsir. — Foto oleh Choo Choy May
KUALA LUMPUR, 19 Jan: Ahli Parlimen Gua Musang Tengku Razaleigh Hamzah memberitahu polis hari ini bahawa kenyataannya mengenai krisis istana Kelantan tahun lalu telah “disalah tafsir” oleh akhbar harian Sin Chew Daily

Anggota kerabat diraja Kelantan itu memberikan kenyataan kepada pegawai penyiasat Saiful Nizam Mislah dari Kota Baru di kediamannya di Jalan Langgak Golf di sini petang ini selama kira-kira 90 minit.

“Saya memberitahu polis bahawa saya ada membuat kenyataan tetapi daripada terjemahan menunjukkan ia telah disalah tafsir,” kata Tengku Razaleigh kepada pemberita selepas kenyataannya dirakamkan.

Beliau juga menafikan mempersoalkan pelantikan Tengku Muhammad Faris sebagai Sultan Muhammad V September lalu.

“Mengapa mesti saya membuat dakwaan liar terhadap keluarga saya sendiri,” kata beliau yang mesra dikenali sebagai “Ku Li” ketika ditanya sama ada mempertahankan kenyataannya yang disiarkan akhbar itu pada 24 September lalu.

“Mengapa mesti saya mempersoalkan pelantikan. Saya tidak . . . adakah anda lihat di mana-mana?” kata Tengku Razaleigh sambil menekankan, beliau hanya bercakap mengenai perlembagaan dan peruntukan pelantikan dan penurunan takhta seorang raja.

Dalam kenyataan dikeluarkan pada sidang media hari ini, Tengku Razaleigh juga berkata: “Bagi membuat penjelasan, saya ingin mengatakan bahawa apabila saya membuat kenyataan, saya tidak sedar adanya sebarang pindaan pada Perlembagaan Negeri Kelantan yang akan memberi kesan ke atas Sultan. Saya difahamkan perkara ini berada di Mahkamah Persekutuan dan saya tidak mahu membuat spekulasi tentang bakal keputusannya.”

Antara yang hadir di rumah Tengku Razaleigh ketika kenyataan diambil ialah Ahli Parlimen Pasir Mas Datuk Ibrahim Ali, Thamrin Ghafar dan bekas ketua menteri Sabah Datuk Seri Osu Sukam.

Baca selanjutnya > malaysianinsider.

Tiada ulasan: