"Ya Tuhanku ampunilah aku, rahmatilah aku,
perbaikilah aku, angkatlah darjatku, berilah aku rezeki, pimpinlah aku, afiatkanlah aku dan maafkanlah aku."

Menteri BN bantah MPSJ, Selangor peruntuk RM10 juta bantu pekerja Muslim!

pria_malaya08 
Perkembangan isu arak Selangor: Menteri BN bantah MPSJ, Selangor peruntuk RM10 juta bantu pekerja Muslim!

1.Kerajaan negeri Selangor 14 Januari lalu telah berusaha untuk menubuhkan sebuah tabung khas membantu pekerja Islam untuk berhenti bekerja di premis jual arak di seluruh negeri Selangor..ianya salah satu usaha yang murni yang belum pernah terfikir utk dilakukan oleh kerajaan terdahulu (Umno/BN)..lembaga zakat Selangor telah diberi kepercayaan untuk menubuhkan tabung khas ini..baca berita penuh diSINI..

2. Tabung khas ini bukan sahaja telah mendapat reaksi positif dikalangan masyarakat muslim Selangor, malah pemimpin non-muslim dari DAP turut menyatakan sokongannya..Setiuasaha DAP Selangor, Lau Weng San antara individu terawal yang menyatakan sokongannya terhadap tabung ini.."Saya mahu jadi yang pertama di Malaysia (menyokong tabung ini)," kata Lau Weng San dalam blognya..baca seterusnya di SINI..

3. Sehingga saat ini, pemimpin2 Umno, Yb Zul Kulim (Yb hipokrit), dan sekutu2nya gagal untuk menjawab isu ini, apatah lagi membantu mengusul cadangan dan bantuan mereka utk menyelesaikan isu ini..mereka hanya galak menghentam dan mengutuk usaha2 pemimpin PAS, PKR dlm membasmi isu ini..

Dipihak mereka, bukan setakat tidak berusaha untuk membuat kawalan, bahkan siap menjamu arak free semasa berkempen dlm pilihan raya kecil DUN Tenang beberapa hari yg lalu..boleh rujuk diSINI..

4. Menteri Pelancongan, merangkap naib presiden MCA, Dato' Sri Dr. Ng Yen Yen, pada 16 Januari lalu telah memperlekeh dan 'menghentam' langkah Majlis Perbandaran Subang Jaya (MPSJ) yg melarang pekerja muslim dari bekerja di tempat2 hiburan yang terlibat dgn arak..katanya langkah itu mesti dibatalkan kerana bertentangan dengan hak asasi manusia..boleh lihat bukti kenyataan biadap beliau dlm bentuk video di bawah..
 http://www.youtube.com/watch?v=8qlCZD4twP8&feature=player_embedded

5. TERBARU dari kerajaan negeri Selangor..kerajaan negeri telah mengumumkan peruntukan RM10 juta serta merta bagi membantu peker-pekerja Islam yg terbabit dengan urusan penjualan arak di premis hiburan..mereka akan diberi modal dan peluang pekerjaan bagi memulakan pekerjaan baru yg halal...

Satu lagi khabar baik dari Selangor oleh barisan kepimpinannya, yang pastinya mendapat pujian dan penghargaan dari seluruh rakyat Selangor!! (kecuali penyokong fanatik Umno)..tahniah kerajaan negeri Selangor penulis ucapkan!..baca berita penuh di bawah..

6. Untuk yg terakhirnya..entry ini akan sentiasa di kemaskini setiap masa..sila rujuk pada senarai koleksi artikel penulis di sebelah tepi blog ini setiap kali mahu membuat rujukan..kalian juga digalakkan untuk membaca entry penulis tentang koleksi Umno dan Arak pada tajuk, "Koleksi Umno-Arak dulu kini dan selamanya (bukti bergambar)"..fikir2kan..wallahua'lam.
Elak kerja di tempat arak: S'gor peruntuk RM10 juta

Kerajaan negeri Selangor mengumumkan peruntukan RM10 juta bagi membantu umat Islam yang terbabit dengan urusan penjualan arak mencari pekerjaan alternatif, kata exco kerajaan negeri, Yaakob Sapari.



“Menerusi Jawatankuasa Tetap Pembangunan Usahawan, wang tersebut akan digunakan untuk menawarkan mereka latihan keusahawanan dan bantuan modal bagi memulakan perniagaan.
“Antara sektor perniagaan yang ditawarkan bantuan modal adalah kecantikan, jahitan, masakan, membaiki telefon bimbit dan lain-lain,” katanya dalam satu kenyataan.

Menurut beliau, larangan Majlis Perbandaran Subang Jaya (MPSJ) dalam menguatkuasakan Enakmen Jenayah Syariah Selangor yang menghalang umat Islam melibatkan diri dalam urusan penjualan arak merupakan satu langkah untuk membendung mereka daripada terjerumus kepada pekerjaan yang tidak halal.
“Enakmen tersebut juga menggesa agar umat Islam supaya memilih pekerjaan yang memberikan rezeki yang lebih berkat.

“Kerajaan negeri merasa simpati kepada umat Islam yang berkerja di premis-premis seperti kilang arak, kelab malam dan premis-premis yang melibatkan arak dalam sektor pekerjaan mereka.
“Justeru, kerajaan negeri telah memperuntukan RM 10 juta untuk membantu mereka untuk memilih pekerjaan alternatif yang lebih lumayan dan berkat,” katanya.

Menurut Yaakob, mereka yang berminat boleh terus ke Unit Perancangan Ekonomi Negeri (UPEN), Bangunan Sultan Salahuddin Abdul Aziz Shah, Shah Alam untuk memohon bantuan berkenaan.
 Share

Tiada ulasan: