"Ya Tuhanku ampunilah aku, rahmatilah aku,
perbaikilah aku, angkatlah darjatku, berilah aku rezeki, pimpinlah aku, afiatkanlah aku dan maafkanlah aku."

Kenapa saya cadang ditiadakan pilihan raya kecil

awang_ja
Naib Presiden PAS Datuk Tuan Ibrahim Tuan Man berkata, kepincangan yang berlaku dalam proses mengendalikan pilihanraya kecil adalah faktor penting mengapa beliau mencadangkan pilihanraya kecil dihapuskan dan diganti dengan mekanisma yang lebih baik bagi kepentingan rakyat dan negara.

Menurut Tuan Ibrahim, pilihan raya kecil telah dijadikan tempat menyuburkan budaya rasuah melalui pengagihan projek yang tidak adil malahan juga menggunakan jentera awam untuk kepentingan politik telah menganggu kelicinan dan keberkesanan pentadbiran kerajaan kerana kehilangan fokus membangunkan negara secara menyeluruh.

“Saya fikir Suruhanjaya Pilihan raya (SPR) perlu menimbangkan untuk menukar system pilihanraya kecil kerana pilihanraya kecil telah dijadikan tempat menyuburkan rasuah,” kata Tuan Ibrahim dalam ceramah anjuran PAS Kawasan Temerloh, di Markaz PAS Kampung Paya Kecik, semalam bagi mengulas isu yang berlaku di Hulu Selangor.

Tambah Tuan Ibrahim, keujudan pilihanraya kecil telah menyebabkan berlakunya ketidakseimbangan pengagihan projek kerajaan apabila berlaku penarikan peruntukan dari kawasan yang sepatutnya ke kawasan berlakunya pilihanraya kecil semata-mata mahu memancing undi.

“Banyak peruntukan pembangunan yang sepatutnya berlaku ditempat yang lain disalurkan ke tempat berlakunya pilihanraya kecil, ini menyebabkan berlakunya ketidakadilan dalam pengagihan pembangunan sehingga menyebab pembangunan tidak dapat dibuat secara menyeluruh,” katanya.

Mengenai isu lompat parti, Tuan Ibrahim berkata penghapusan pilihanraya kecil boleh menghalang budaya lompat parti dengan mensyaratkan mereka yang melompat parti hilang kelayakan sebagai wakil rakyat.

Lagi kenyataan Datuk Tuan Ibrahim Tuan Man...klik DI SINI 
-tranungkite- 

Tiada ulasan: