"Ya Tuhanku ampunilah aku, rahmatilah aku,
perbaikilah aku, angkatlah darjatku, berilah aku rezeki, pimpinlah aku, afiatkanlah aku dan maafkanlah aku."

ADUN Merlimau Kritikal

ARIFFUDDIN ISHAK
PETALING JAYA: Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Merlimau, Datuk Mohamad Hidhir Abu Hassan kini berada dalam keadaan kritikal dan menerima rawatan di Hospital Pakar Putra, Melaka.

Laporan berita sebelum ini bahawa ADUN berkenaan meninggal kira-kira pukul 2 petang tadi adalah tidak benar.

Bagaimanapun Mohamad Hidhir kini menerima rawatan di unit rawatan rapi (ICU) hospital berkenaan.

Perkara tersebut disahkan oleh Ketua Menteri Melaka, Datuk Seri Mohd Ali Rustam.

Minggu lalu Mohamad Hidhir telah dimasukkan ke hospital yang sama selepas mengadu sakit dada.
-mstar-

Tiada ulasan: