"Ya Tuhanku ampunilah aku, rahmatilah aku,
perbaikilah aku, angkatlah darjatku, berilah aku rezeki, pimpinlah aku, afiatkanlah aku dan maafkanlah aku."

Pekedai dakwa pengalaman ngeri di tangan polis

Seorang pemilik kedai aksesori kereta mendakwa telah melalui pengalaman ngeri di tangan polis bulan lalu, yang mungkin menghantuinya sepanjang hayatnya.

Dia dibebaskan awal bulan ini selepas ditahan sebanyak lapan kali, yang baginya untuk jenayah yang tidak wujud.

Sepanjang tempoh tersebut, Kong Ing Luk, 34, dibawa ke beberapa balai polis, dikurung, dibebaskan dan kemudiannya ditangkap semula sebelum dibebaskan tanpa syarat.

Bagaimanapun, Kong mendakwa, polis masih belum memulangkan wang tunai RM155, telefon bimbitnya dan kereta Kancil miliknya.

Kong yakin dia tidak akan berdepan dengan sebarang tuduhan kerana dia tidak melakukan sebarang kesalahan.

"Bahkan, saya tidak dikenakan jaminan polis.
"Saya masih marah dengan polis," katanya sambil menegaskan beliau telah menjadi mangsa kekasaran polis.

Hadir bersamanya di sidang akhbar di ibu pejabat DAP Sarawak di Kuching hari ini ialah bapanya, Kong Sieng Chung, 59; ibunya Tang Kie Ying, 58, dan ahli parlimen Bandar Kuching Chong Chieng Jen.

Kong telah membuat dua laporan polis, masing-masing satu di stesen Batu Kawa dan di Kota Samarahan.
-malaysiakini-

Tiada ulasan: