"Ya Tuhanku ampunilah aku, rahmatilah aku,
perbaikilah aku, angkatlah darjatku, berilah aku rezeki, pimpinlah aku, afiatkanlah aku dan maafkanlah aku."

UMNO/BN Benci Orang Cina?


Salahkah kalau sesebuah parti terutamanya dari Pakatan Rakyat mengucapkan sesuatu sempena perayaan? Mengapa UMNO/BN selalu sakit hati sehinggakan membenci akan tindakan yang cuba dilakukan oleh pihak PAS/PR terutamanya di negeri Melaka.
 
Sempena Tahun Baru Cina ini, pihak PAS telah mengucapkan selamat menyambut Tahun Baru Cina kepada kaum Tiong Hua terutamanya yang menetap disekitar Bukit Baru di mana kain rentang itu digantung. Pihak UMNO/BN telah memotong dan mengoyakkan kain rentang PAS sebaliknya menaikkan kain rentang dari Ali Rustam.

Sekarang UMNO/BN bukan bergaduh dengan PAS sahaja tetapi dengan masyarakat Tiong Hua mereka turut bertindak zalim demi meraih populariti. Sebab itu kain rentang PAS/PR mereka buang kerana sokongan Ali Rustam dari masyarakat Cina tidak begitu memuaskan.

UMNO/BN bercakap soal perpaduan sebaliknya merekalah musuh paling utama dalam mengkhianati bangsa, agama dan juga negara. Slogan 1Malaysia itu cukup bermakna untuk Najib malahan untuk sekutunya juga dari Israel/SM
-selatanonline-

Tiada ulasan: