"Ya Tuhanku ampunilah aku, rahmatilah aku,
perbaikilah aku, angkatlah darjatku, berilah aku rezeki, pimpinlah aku, afiatkanlah aku dan maafkanlah aku."

Liwat II: Dr Seah Akui Beri Laporan Berbeza Kepada Peguam Anwar

KUALA LUMPUR, 17 FEB : Perbicaraan bermula pukul 8.54 pagi, keterangan pakar DNA, Ketua Unit Jenayah Berat Jabatan Kimia, Dr Seah Lay Hoong mendedahkan bahawa laporan kimia yang diberi kepada pasukan peguam Datuk Seri Anwar Ibrahim berbeza dengan laporan yang dikemukakan di mahkamah.

Kesilapan itu dikesan melalui label sampel bahan bukti yang diambil dari pengadu, Mohd Saiful Bukhari Azlan.

Dalam borang yang dikemukakan, bungkusan sampel diterima ditanda B12 tetapi hari ini Dr Seah menunjukkan borang dengan sampel yang ditanda sebagai B11.

Menurut Seah pembetulan dilakukan di hadapannya tetapi Peguambela Anwar, Ram Karpal bertanya kenapa pendakwa tidak ada salinan yang sama dengan pakar kimia.

Ram Karpal menyatakan mahkamah tidak boleh meneruskan perbicaraan itu kerana tidak termasuk ke rangkaian bukti.

Bagaimanapun, Pendakwa Raya Mohd Yusof Zainal Abiden berkata perkara (kesalahan menanda bahan bukti) tidak penting tetapi yang penting adalah kenyataan lisan dalam mahkamah.

Hakim, Datuk Mohd Zabidin Mohd Diah memutuskan borang tersebut tidak boleh diterima mahkamah.

Doktor Hospital Kuala Lumpur Dr Khairul Nizam Hassan sebelum ini memberitahu mahkamah bahawa Saiful mendakwa telah diliwat dan diminta melakukan seks oral.

Bagaimanapun, pihak pembelaan yang diketuai peguam Karpal Singh berjaya menimbulkan keraguan berhubung kenyataan berkenaan.

Mahkamah hari ini turut menerima kehadiran wakil daripada kedutaan Australia.

Dua orang pakar daripada negara itu turut hadir hari ini iaitu Dr David Wells dan pakar DNA Dr Brian McDonald.
-tvsnews-

Tiada ulasan: