"Ya Tuhanku ampunilah aku, rahmatilah aku,
perbaikilah aku, angkatlah darjatku, berilah aku rezeki, pimpinlah aku, afiatkanlah aku dan maafkanlah aku."

Liwat II: Bulu, seluar dalam, cadar dikemukakan


11.37am: DPP Noorin memohon mahkamah untuk rehat seketika. Hakim Zabidin bersetuju dan meminta semua pihak masuk semula pada tengahari.

11.32am: Kain cadar berwarna kelabu pula ditunjukkan dan ia juga ditandakan sebagai bahan bukti.

Anwar dari tempatnya memerhatikan sampul surat yang berisi cadar itu dibuka. Menurut Dr Seah bungkusan itu dihantar ke jabatannya dengan tanda keselamatan polis.

Setelah memeriksanya, ia dibungkus semula dan ditandakan dengan mohor Jabatan Kimia.

11.28am: Selain pakaian Saiful yang lain seperti, baju hijau jenama G2000, turut ditawarkan sebagai bahan bukti adalaghpermaidani pelbagai warna yang disita oleh Jabatan Kimia.

11.17am: Satu lagi seluar dalam yang juga dipercayai kepunyaan Saiful turut dikenal pasti. Semua bahan berkenaan kemudiannya dimasukkan ke dalam sebuah sampul.

11.14am: Seluar dalam Saiful yang berjenama Levi's pula dikenal-pasti. Seluar dalam ini telah dikemukakan sebagai bahan bukti.

Ketika ini, Wan Azizah dilihat menundukkan kepalanya, manakala Anwar sedang membaca sesuatu di kandang tertuduh.

11.10am: Kemeja biru dan kolar putih jenama Ralph Lauren yang digunakan oleh Saiful pula dikemukakan.

11.04am: Sepasang seluar hitam (tanpa jenama) yang dipercayai yang digunakan oleh Saiful juga dikemukakan sebagai bahan bukti.

Sebelum ini, beberapa saksi mendakwa air mani Saiful dijumpai pada seluar hitam ini.

11.02am: Peguam, Sankara Nair bagaimanapun membantah cadangan pihak pendakwaan ia adalah bulu kemaluan.
"Macam mana Dr Seah tahu perkara tersebut?" soalnya.

DPP Noorin berkata ia berdasarkan laporan doktor itu.

Sankara berkata ia sepatutnya ditanda sebagai segumpalan rambut.

10.59am: Bahan-bahan bukti, termasuk bulu kemaluan kini sedang ditandakan. Ketika proses itu, DPP Noorin, peguam Ram Karpal dan Sankara Nair semuanya memakai sarung tangan getah.

Dr Brian Mc Donald yang duduk di antara Sankara dan Ram memerhatikan perkembangan itu.

10.27am: Semua sampul yang bertanda B1 hingga B11 yang dipercayai mengandungi calitan kapas, di mana spesimen diambil ditandakan sebagai bahan bukti.

10.15am: Menurut Seah beliau menerima bungkusan berkenaan daripada DSP Jude Blacious Pereira. Seah kemudian mengena-pasti pegawai polis itu dan juga bungkusan tersebut.

10.08am: Hakim Zabidin membuat keputusan yang memihak pihak pembelaan bahawa dokumen (borang kedua Pol 21) yang disenaraikan sebagai bahan bukti yang dikemukakan tidak boleh ditandakan sebagai eksibit.
-malaysiakini-

Tiada ulasan: