"Ya Tuhanku ampunilah aku, rahmatilah aku,
perbaikilah aku, angkatlah darjatku, berilah aku rezeki, pimpinlah aku, afiatkanlah aku dan maafkanlah aku."

Siasat ‘Sultan Sulu’ yang juga ahli Umno dan ahli Pekida - Wan Azizah

KUALA LUMPUR: Presiden KEADILAN Datuk Seri wan Azizah Wan Ismail menggesa Kementerian Dalam Negeri (KDN) melakukan siasatan segera terhadap ahli perniagaan, Datu Mohd Akjan Datu Ali Muhammad yang mengaku dirinya sebagai Sultan Sulu dari Filipina baru-baru ini.

Akjan dilapor mengisytihar dirinya sebagai ‘Sultan Sulu ke-33′ dalam satu upacara tertutup yang dihadiri oleh sekumpulan 60 orang, termasuk pengikutnya dari wilayah Sulu, di rumahnya di Kampung Likas, Kota Kinabalu pada 12 Februari lalu.
Pada majlis itu, sebuah kerajaan sementara turut diisytiharkan sendiri olehnya yang mendakwa kononnya keturunan langsung Sultan Sulu yang terakhir memerintah, Paduka Mahasari Maulana Al-Marhum Sultan Shariful-Hashim.
Azizah berkata, perkara itu perlu diberi perhatian serius kerana ia melibatkan keselamatan dan kedaulatan negara.
“Setiap kes tiada yang boleh terlepas daripada pengadilan, tidak wajar ditutup atas dasar kepentingan peribadi kerana ia persis amalan berat sebelah.
“KDN tidak boleh meremehkan kes melibatkan keselamatan dan kedaulatan negara sebaliknya perlu mengambil tindakan segera untuk menanganinya,” katanya dalam satu kenyataan kepada Keadilandaily.com.
Azizah mengulas kenyataan Timbalan Menteri Dalam Negeri, Datuk Wira Abu Seman Yusop bahawa KDN akan menyiasat samada tindakan itu bertentangan dengan undang-undang dan mengancam keselamatan negara.
Azizah turut meminta penjelasan berhubung kenyataan Abu Seman bahawa Akjan, yang juga merupakan bekas tahanan Akta Keselamatan Dalam Negeri yang dikatakan memiliki dua kewarganegaraan.


“Bagaimana seorang warganegara Malaysia pada masa mengishtiharkan dirinya sebagai Sultan di negara lain?
“Masyarakat Sabah dan seluruh rakyat Malaysia berhak untuk mengetahui kebenaran perkara ini,” ujarnya yang juga Pengerusi Interim KEADILAN Sabah.
Menurut rekod, Akjan ialah Pengerusi Pertubuhan Kebajikan dan Dakwah Islamiah Malaysia (Pekida) dan Ahli Majlis Tertinggi persatuan itu seperti yang tertera pada laman http://ibupejabatpekidamalaysia.blogspot.com.

BERNAMA pada 25 Oktober 2008 melaporkan, Akjan membuat laporan kepada Badan Pencegah Rasuah (kini dikenali sebagai Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia) dengan mendakwa persidangan perwakilan Umno Bahagian Kota Kinabalu pada 12 Oktober tahun yang sama tidak sah serta dicemari penipuan dan politik wang.

Akjan ketika itu merupakan pencabar jawatan Ketua Umno Bahagian Kota Kinabalu.

Tiada ulasan: