"Ya Tuhanku ampunilah aku, rahmatilah aku,
perbaikilah aku, angkatlah darjatku, berilah aku rezeki, pimpinlah aku, afiatkanlah aku dan maafkanlah aku."

Remaja nampak pak cik ditendang

 
AHMAD NIZAMUDDIN ditemani ibunya, Che Minah Che Mat ketika ditemui di HRPZ II, Kota Bharu semalam.

KOTA BHARU: Seorang remaja yang cedera selepas terkena dua das tembakan yang dilepaskan oleh seorang pegawai kastam Unit Pencegahan Penyeludupan (UPP) Pengkalan Kubor di pekarangan Hospital Tumpat kelmarin mendakwa dia melihat bapa saudaranya ditendang oleh penguat kuasa berkenaan.

Ahmad Nizamuddin Mohamad, 19, mendakwa ketika kejadian, dia sedang mengekori kereta Perodua Kancil yang dipandu bapa saudaranya, Said Mat Hassan, 56, dengan menaiki motosikal sebelum dihalang oleh sebuah kenderaan pacuan empat roda yang dinaiki empat anggota UPP berpakaian preman.
“Sebaik berhenti, saya nampak anggota UPP tersebut buka pintu kereta dan terus menendang pak cik sebelum menariknya keluar.
“Saya cuba membantu tetapi salah seorang anggota UPP itu mengarahkan saya supaya pergi. Sebaik sampai di rumah, saya memberitahu ahli keluarga yang lain dan pada masa itulah kami menerima panggilan mengatakan pak cik saya telah meninggal dunia,” ceritanya ketika ditemui di Hospital Raja Perempuan Zainab II (HRPZ II) di sini semalam.
-kosmo-

Tiada ulasan: