"Ya Tuhanku ampunilah aku, rahmatilah aku,
perbaikilah aku, angkatlah darjatku, berilah aku rezeki, pimpinlah aku, afiatkanlah aku dan maafkanlah aku."

Rakyat Bahrain tuntut reformasi

ORANG ramai mengangkat keranda seorang mangsa penunjuk perasaan yang terbunuh  ketika berhimpun di Sanabi, di barat ibu negara Bahrain, semalam.
ORANG ramai mengangkat keranda seorang mangsa penunjuk perasaan yang terbunuh ketika berhimpun di Sanabi, di barat ibu negara Bahrain, semalam.
MANAMA: Penunjuk perasaan di Bahrain menuntut pembaharuan politik daripada pemerintah mereka, semalam sama seperti rakyat Mesir, dengan berhimpun di dataran utama di ibu negara itu. Ia adalah hari ketiga demonstrasi menentang kerajaan hingga menimbulkan tekanan kepada pemimpin negara yang menjadi satu daripada sekutu paling strategik Washington di rantau Teluk.

Pasukan keselamatan sudah berkawal semula untuk meredakan ketegangan - selepas pertempuran berlaku menyebabkan sekurang-kurangnya dua orang maut dan berpuluh-puluh lagi cedera. Helikopter polis terbang rendah pada pengebumian seorang mangsa yang digelar ‘pejuang syahid’ dan penunjuk perasaan menggesa lebih banyak bantahan dilakukan di negara itu - tempat yang menjadi pangkalan tentera Amerika Syarikat.

Beribu-ribu orang bermalam di khemah sementara di Dataran Pearl di sini yang menjadi kem penunjuk perasaan sehari sebelum itu. Seorang penunjuk perasaan juga menggunakan pembesar suara bagi mendesak orang ramai kekal di situ hingga tuntutan mereka dipenuhi.

Tunjuk perasaan antikerajaan bermula Isnin lalu menggesa pemerintah sistem monarki di negara itu melakukan pembaharuan termasuk jawatan tinggi kerajaan yang dipilih dan membuka lebih peluang kepada majoriti rakyat berfahaman Syiah di negara itu yang disekat daripada menjawat jawatan penting.

Ketua parti politik berfahaman Syiah terbesar di negara itu, Sheik Ali Salman berkata, tiada tuntutan peranan Islam dalam politik.

“Kami tidak mencari ulama sebagai pemimpin kerajaan seperti Iran tetapi kami menuntut kerajaan yang mewakili golongan Syiah dan Sunnah,” ujarnya. 
-AP-

Tiada ulasan: