"Ya Tuhanku ampunilah aku, rahmatilah aku,
perbaikilah aku, angkatlah darjatku, berilah aku rezeki, pimpinlah aku, afiatkanlah aku dan maafkanlah aku."

Amerika terkena pobia Muslim Brotherhood

Haji Abdul Subky Latif
Apabila Presiden Hosni Mubarak berdepan dengan tunjuk perasaan beratus ribu rakyat, maka Amerika amat bimbang akan kejatuhannya.

Yang lebih dibimbangkan oleh Amerika ialah kekosongan Hosni Mubarak itu akan digantikan oleh kuasa Ikhwanul Muslimun yang dikenali di seluruh dengan Muslim Brohterhood.Amerika amat pobia dengan pengaruh Ikhwan Muslumun itu.

Siapa Ikhwanul Muslimun?

Ia adalah parti pembangkang yang terkuat di Mesir sejak sebelum tumbangnya sistem pemerintahan beraja tahun 1951 dulu lagi.

Dalam penggal Parlimen Mesir sebelum Pilihan Raya yang terbaru ia mendapat 20 peratus keanggotaan. Dalam pilihan raya tidak bebas dan tidak saksama atau pilihan raya penuh penipuan baru-baru ini, Hosni Mubarak dengan bantuan Amerika dan Israil dapat mengurangkan pengaruhnya dalam Parlimen tetapi tidak di luar Parlimen.

Ikhwanul Muslimun adalah gerakan dakwah dan politik yang ditubuhkan oleh Imam Hassan Elbanna, seorang reformis Islam yang penting di abat 20, yang berjuang untuk menegakkan Islam sebagai sistem hidup dan pemerintahan seperti yang kehendaki oleh Nabi Muhamad SAW dan pernah disempurnakan sebaik-baiknya oleh Khalifah Umar Abdul Aziz yang menjadi ikon Lim Guan Eng, Ketua Menteri Pulau Pinang.

Guan Eng mahu mencontohi pimpinan dan kejayaan Umar Abdul Aziz. Itulah yang diperjuang dan yang hendak ditegakkan oleh Ikhwanul Muslimun di Mesir.
Pengaruhnya mendapat sambutan meluas umat Islam Mesir dan berkembang luas di seluruh benua Arab. Ia menjadi cabaran dan alternatif kepada pengaruh dan peradaban barat di Mesir dan negara Arab lainnya.

Ketika Amerika mulai mengambil alih pimpinan barat dari Inggeris dan Perancis di seluruh dunia, tiada daya baginya menghalang pengaruh Ikhwanul Muslimun di kalangan rakyat, bahkan ia menyaingi pengaruh komunis dan sosialis di Asia dan Afrika.

Tiada daya bagi pemerintahan beraja Mesir yang korap/rasuah dapat menghalang pengaruh Ikhwanul Muslimun menguasai rakyat dan pemerintahan. Bahkan ia tidak mampu disekat oleh sistem politik dan demokrasi pimpinan Amerika, British dan Perancis. Kemaraannya hanya boleh disekat oleh tentera Islam Mesir sendiri.

Dengan menamakan gerakan itu sebagai pelampau atau ekstrimis, pengaruh barat dapat menggunakan golongan sosialis-nasionalis di kalangan tentera muda Mesir untuk melancarkan pemberontakan kerajaan beraja Mesir dan sekali gus menghadapi kemaraan reformasi dakwah Ikhwanul Muslimun.

Sekalipun regim Gamal Abdel Nasser muncul sebagai kuasa anti kolonialis barat khususnya anti Amerika dan pembentukan negara Israil, tetapi ia juga memerangi pengaruh Ikhwanul Muslimun hingga ke akar umbi. Ia mengharamkan Ikhwanul Muslimun, membunuh pimpinannya yang terbilang iaitu Hassan Elbanna dan Syed Quthub, ribuan pemimpin dan aktivis dibunuh dan ditahan.

Rakyat Mesir yang solat Jumaat tiga kali berturut-turut disyaki sebagai anasir Ikhwan dan mereka menjadi sasaran. Ramai pimpinannya ditahan dan diseksa berbelas dan berpuluh tahun.

Ikhwan terpaksa bergerak dalam sulit, tetap pengaruhnya tidak mati. Dakwahnya berkembang, menjalankan kerja amal dan kebajikan. Ia memanfaatkan badan-badan amal bagi mendekati rakyat dan menanamkan dakwah di kalangan penduduk.

Dalam keadaan gerakannya disekat dan diburu, pengaruhnya terus berkembang hingga ia muncul sebagai penentang Hosni Mubarak dan regimnya yang terkuat di Mesir. Dalam keadaan ia tidak bebas, ia berjaya mendapat 20 peratus penyokong di Parlimen dalam penggal yang lalu.

Walaupun ia penyokongnya di Parlimen kini merosot, tetapi ia tetap dikira musuh Hosni Mubarak yang terkuat dan terus digenuni oleh Amerika dan semua kuasa barat dalam Nato dan Komuniti Eropah.

Amerika memberi bantuan ketenteraan US$1.5 bilon setahun kepada Mesir antara lain adalah untuk mengepung pengaruh Ikhwan, tetapi Amerka terus terigau dan bimbang dengan pengaruhnya. Dalam apa juga kejadian yang menggugat Hosi Mubarak, mangsa sasaran utama regim itu adalah penyokong Ikhwan.

Apabila angkatan belia Mesir melancarkan revolusi 18 hari baru-baru ini, otak Amerika dan pentadbiran Obama terus teringatkan Ikhwanul Muslimun. Apabila Elbaradai pulang untuk menyertai demonstrasi bagi menggulingkan Mubarak, barat bertanya sejauh mana hubungannyanya dengan gerakan Ikhwan.

Hari-hari akhbar kekuasaan Mubarak, Amerika dan sekutunya, wartawan-wartawan dunia sebok mencari apa peranan Ikhwan dan apa kedudukannya selepas Mubarak tumbang. Pimpinan Ikhwan memberitahu ia tidak berhajat untuk mengambil kuasa bagi menggantikan Mubarak, ia berjuang untuk mengembalikan kedaulatan rakyat Mesir di tengah masyarakat. Aktivisnya cergas membuat kerja amal dan kebajikan membantu peserta demonstrasi 18 hari itu.

Malah ia tidak mahu menjadi ketua dalam kebangkitan rakyat itu, tetapi mahu memberi kerjasama berkesan bagi menentukan regim Mubarak berakhir. Kerana ia sudah menyertai pilihan raya, ia tetap mengambil bahagian, tetapi tidak menyatakan dia mahu merebut kuasa.

Inilah Ihwanul Muslimun yang amat dipobia oleh Amerika. Amerika sudah tidak lagi menumpukan musuh komunisnya, tetapi mengira Ikhwan adalah ancaman utama. Dulu ia dibangsakan sebagai ekstrimis, tetapi hari ini ia dipanggil pengganas. Tetapi ia tidak pernah membunuh sesiapa. Lebih ramai rakyat Mesir mati di bawah regim Mubarak dan lebih ramai terbunuh oleh peluru tentera Nato. Belum ada sesiapa yang mati ditangannya. Cuma yang hendak dihapuskannya ialah daki-daki peradaban barat di Mesir.

Tiada ulasan: