Pelajar Mesir dari Sabah sedang memegang Banner ucapan terima kasih yang disediakan oleh UMNO Sabah..
Semalam aku telah menyiarkan artikel mengenai sebuah Sekolah Agama dikenali sebagai Sekolah Agama Guan Eng oleh penyokong tegar UMNO, kerana Guan Eng selalu bagi duit kat sekolah tu..
Sorang penyokong UMNO yang menggunakan nama goodlistener telah komen “inilah bangang nya puak Parti Ajaran Sesat kalau nak tahu Melayu Singapura telah digula-gulakan dgn habuan wang ringgit oleh Lee Kuan Yeu semasa ingin memerintah Singapore, la ni taktik yg sama digunakan kpd org Pas terutama dlm hal urusan masjid dan KAFA. Sedangkan pada masa yg sama, LGE memusuhi kemajuan Melayu dgn meroboh gerai2 niaga makan milik Melayu dgn alasan bahawa Tidak Mengikut Peraturan dan gerai kafir laknat sebangsa dgn dia, dia buat tak nampak je.
Aku dah jawab dengan fakta dari MPSP (baca di SINI) pun di buat buta saja.. memang buta perut sungguh dan seorang lagi pula, aku rasa dia inipun penyokong UMNO, telah memberikan komen “Hang pi siasat lah dulu duit derma LGE tu dulu...sebenarnya duit kerajaan negeri sikit aje yang lebih tu dana yang telah disediakan kerajaan pusat sebelum DAP perintah...pi siasat dulu dari mana duit derma tu datang baru boleh cakap..
Kah..kah..kah.. bodo punya komen tu.. tapi nak kata apa.. dah tahap pemikiran dia tu setakat tu saja.. Dia ingat duit dari Kerajaan Pusat tu datang dari langit pasal tu dia komen macam tu.. lagi komen sila baca di SINI
Kalau Guan Eng yang membantu Sekolah Agama Rakyat dan Guru-Guru KAFA dikatakan mengula-gulakan Melayu Pulau Pinang..
Ini pula berita yang mengatakan TKM1 Pulau Pinang, Datuk Mansor Othman telah berkata Kerajaan Negeri Pulau Pinang mempertimbangkan cadangan untuk memberikan bantuan RM1,000 kepada setiap pelajar dari negeri ini yang hendak kembali melanjutkan pelajaran di beberapa buah univesiti di Mesir tidak lama lagi.
TKM1 Pulau Pinang itu adalah seorang Melayu harap maklum.. err.. bukan apa-apa cuma kena jelaskan biar terang pasal penyokong UMNO ni kurang cerdik.. kalau cerdik dia orang tak akan katalah “Baguslah.. bagilah Cina perintah Pulau Pinang tu..” sedangkan Ketua Menteri dulu Koh Tsu Koon adalah seorang Cina yang di sangka sebagai Melayu oleh penyokong UMNO..
TKM1 sedang memanggang daging kambing kot..
Gambar BBQ semalam.. lagi gambar sila lihat di SINI
Tiada ulasan:
Catat Ulasan