"Ya Tuhanku ampunilah aku, rahmatilah aku,
perbaikilah aku, angkatlah darjatku, berilah aku rezeki, pimpinlah aku, afiatkanlah aku dan maafkanlah aku."

Ganjaran RM6,000 untuk maklumat lelaki yang mendera seekor anjing poodle 'Sushi'

Harakahdaily
KUALA LUMPUR, 16 Feb: Pertubuhan Hak Asasi Haiwan (Peta) Asia menawarkan ganjaran sejumlah RM6,000 kepada sesiapa yang mempunyai maklumat mengenai identiti lelaki yang mendera seekor anjing poodle bernama Sushi dalam sebuah video yang telah tersebar di Internet.

Lelaki yang dirakam itu dipercayai warganegara Malaysia, memukul dan menggoyang Sushi tidak berhenti-henti.

Lelaki itu bertindak kejam menumbuk, menendang dan menbaling anjing tersebut untuk memaksa ia belajar berdiri.

Walaupun Peta telah menghantarkan banyak maklumat berkenai kes ini kepada Polis Diraja Malaysia, tetapi Pengarah Jabatan Siasat Jenayah berkata mereka tidak dapat memastikan identiti lelaki dalam video tersebut.

Penyelidikan jenayah tidak dapat dijalankan sekiranya mereka tidak ada maklumat jenayah atau tip-off dari ahli masyarakat. Tidak ada sesiapa pun yang tahu di mana Sushi berada sekarang.

Agnes Tam, pegawai Peta Asia berkata, orang yang mendera binatang boleh dibaratkan sebagai pengecut.

“Mereka melepaskan perasaan ketidakpuasaan mereka terhadap haiwan-haiwan yang tidak mempunyai kuasa untuk melindungi sendiri,” katanya.

Menurut agensi penguatkuasaan undang-undang dan ahli profesional kesihatan mental yang terkemuka, penjenayah yang mendera binatang biasanya akan mengulangi kesalahan dan perbuatan mereka membawa bahaya kepada semua haiwan termasuk manusia.

Di bawah seksyen 44 Akta Binatang 1953 Malaysia, lelaki di dalam video tersebut boleh disabitkan kesalahan dan didenda RM50, 000 atau dipenjarakan selama enam bulan.

Tiada ulasan: