SETIU: Seorang penyelia sukan di Institut Teknologi Petroleum Petronas (Instep), Batu Rakit sempat merangkak sejauh 100 meter sebelum menemui ajal selepas kenderaan utiliti sukan (SUV) jenis Nissan Murano yang dipandunya terbabas di sebuah ladang kelapa sawit di Kampung Gong Batu di sini semalam.
Mayat Nazaruddin Mohd. Noor, 57, ditemui tertiarap oleh seorang pekerja ladang yang melalui kawasan itu ketika keluar bekerja pada pukul 7 pagi.
Difahamkan, kejadian itu berlaku selepas kenderaan yang dipandu Nazaruddin terlanggar seekor babi hutan yang melintas jalan sebelum ia terbabas dan terbalik ke dalam kawasan ladang kelapa sawit kira-kira 40 meter dari jalan.
Pemangku Ketua Polis Daerah Setiu, Asisten Supritendan Abdul Hamid Che Ahmad berkata, sejurus kenderaan itu terbabas, mangsa sempat keluar untuk cuba mendapatkan bantuan dengan merangkak sejauh 100 meter sebelum dia meninggal dunia.
Menurutnya, mangsa sebelum itu dikatakan dalam perjalanan dari rumahnya di Kubang Kerian, Kelantan menuju Instep di Batu Rakit.
-kosmo-
1 ulasan:
Allahyarham merupakan bekas Pembantu Makmal Sekolah Alam Shah dan juga seorang yang aktif memberi dorongan dan sokongan kepada pelajar terutama dalam sukan seperti badminton dan angkat berat. Makluman diberitahu oleh rakan sepersekolahan kami semalam yang juga pengajar di Institut yang sama. Al-fatihah buat Allahyarham
Catat Ulasan