"Ya Tuhanku ampunilah aku, rahmatilah aku,
perbaikilah aku, angkatlah darjatku, berilah aku rezeki, pimpinlah aku, afiatkanlah aku dan maafkanlah aku."

Terbukti Dakwaan DiReka, Anwar Mahu Kes DiGugur

Fazli
KUALA LUMPUR: Ketua Umum KEADILAN, Datuk Seri Anwar Ibrahim yang difitnah meliwat bekas pembantunya hari ini menggesa Peguam Negara, Tan Sri Abdul Ghani Patail menggugur pertuduhan yang sengaja direka ke atas nya. Menurutnya, Peguam Negara mempunyai asas yang kukuh untuk menggugurkan kes tersebut kerana kesimpulan yang dibuat doktor pakar Hospital Kuala Lumpur bahawa tiada berlaku liwat selepas meneliti laporan kimia

Seperti yang ditanya oleh Karpal kepada Dr Khairul, sewaktu mereka membuat keputusan akhir bahawa tiada bukti klinikal adanya penetrasi, ia dibuat selepas  mengkaji laporan ahli kimia,” kata Anwar.

Beliau berkata demikian sewaktu mengulas kenyataan peguamnya Karpal Singh yang menggesa Peguam Negara agar menggugurkan dakwaan itu secepat mungkin.

Anwar seterusnya mengingatkan Gani Patail supaya tidak membiarkan institusi perundangan negara ini terus diperalat seperti berlaku di Mesir, apabila mahkamah dikawal sesuka hati oleh bekas Presidennya, Hosni Mubarak.

“Jadi saya rasa apa yang Karpal cadangkan, Ghani perlu buat perkara yang betul. Jangan jadi seperti Mubarak yang mengawal kehakiman di negaranya,” kata Anwar.

Kesemua bukti perbicaraan setakat ini, kata Anwar mengesahkan bahawa tuduhan ke atas beliau merupakan satu rekayasa semata-mata.

“Ia terdapat dalam laporan proforma, disahkan lagi sekali oleh Dr Khairul, bahawa tidak ada asas untuk dakwaan walaupun pendakwa masih cuba membuat dakwaan. Dari awal perbicaraan lagi kita sudah katakan ia dakwaan yang direka-reka,” kata Anwar.

Tiada ulasan: