KUALA LUMPUR, 16 Feb: Laporan awal menunjukkan Mohd Saiful Bukhari Azlan ada memaklumkan doktor-doktor Hospital Kuala Lumpur (HKL) bahawa Datuk Seri Anwar Ibrahim telah “cuba” untuk meliwatnya dan tiada penetrasi.
Dr Khairul Hakim, salah seorang doktor HKL yang memeriksa Saiful mengakui bahawa laporan proforma menyebut Saiful ada memberitahu doktor-doktor pada 28 Jun 2008 tentang adanya cubaan untuk meliwatnya dan seks oral tetapi bukan penetrasi yang sebenar.
Khairul bagaimanapun menegaskan, Saiful tidak memberitahu perkara itu ketika menemuinya kemudian dan mempertahankan bahawa saksi utama dan pengadu itu ada memaklum yang dia telah diliwat.
“Berdasarkan laporan proforma, ia adalah cubaan meliwat dan seks oral.
“Tetapi dia (Saiful) tidak mengatakan ia cubaan (dia diliwat),” kata Khairul.
Jawapan itu membawa kepada soalan peguam utama Anwar, Karpal Singh yang bertanya Dr Khairul mengenai merit laporan itu.
-malaysianinsider-
Tiada ulasan:
Catat Ulasan