"Ya Tuhanku ampunilah aku, rahmatilah aku,
perbaikilah aku, angkatlah darjatku, berilah aku rezeki, pimpinlah aku, afiatkanlah aku dan maafkanlah aku."

Tiada tanda-tanda Teoh lompat, kata polis

NONE
Suruhanjaya Diraja yang menyiasat kematian Teoh Beng Hock dimaklumkan bahawa tiada bukti yang ditemui menunjukkan pembantu politik DAP itu melompat daripada sebuah tingkap di pejabat Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia.

Menurut penyiasat forensik, Mazli Jusoh Che Kob beliau tidak menjumpai sebarang tanda-tanda di sekitar rangka tingkap yang menunjukkan seseorang cuba keluar daripada tingkap berkenaan.

Pejabat SPRM itu terletak di tingkat 14, Plaza Masalam di Shah Alam manakala mayat Teoh dijumpai pada aras 5 di koridor berkenaan pada 16 Ju 2009 selepas beliau disiasat semalaman sebagai saksi.

Mazli yang disoal oleh wakil Majlis Peguam, Chris Leong, juga bersetuju jika seseorang ingin keluar mengikut tingkap mereka akan memegang rangka tingkap ataupun duduk di ambangnya - yang kemungkinan besar akan meninggalkan tanda-tanda.

-malaysiakini-

Tiada ulasan: