"Ya Tuhanku ampunilah aku, rahmatilah aku,
perbaikilah aku, angkatlah darjatku, berilah aku rezeki, pimpinlah aku, afiatkanlah aku dan maafkanlah aku."

Kes Sosilawati: Saravanan, Suresh dipenjara 20 tahun

Dua pekerja ladang, K Sarawanan, 20, dan U Suresh, 27, dihukum penjara 20 tahun bagi kesalahan melupuskan mayat jutawan kosmetik Datuk Sosilawati Lawiya dan tiga individu lain selepas Mahkamah Tinggi membuat semakan kehakiman terhadap hukuman mereka.

Hakim Datuk Wira Mohtaruddin Baki memutuskan demikian setelah berpendapat kesalahan yang dilakukan mereka sangat serius.

Pada 15 Okt tahun lalu, Sarawanan, 20, dan Suresh, 27, dijatuhi hukuman penjara tujuh tahun oleh Mahkamah Majistret Teluk Datok, Banting, selepas kedua-duanya mengaku bersalah atas empat tuduhan mengangkat, membakar dan membuang abu mayat Sosilawati, 47, pegawai bank Norhisham Mohammad, 38, peguam Ahmad Kamil Abdul Karim, 32, dan pemandu Sosilawati, Kamaruddin Shamsuddin, 44.

Sarawanan didakwa melakukan kesalahan itu di Lot 2001 Jalan Tanjung Layang Tanjung Sepat Banting pada 30 Ogos tahun lepas manakala Suresh didakwa melakukan kesalahan itu di Sungai Panchau, Jalan Morib Banting pada tarikh yang sama.
-Bernama-

Tiada ulasan: