"Ya Tuhanku ampunilah aku, rahmatilah aku,
perbaikilah aku, angkatlah darjatku, berilah aku rezeki, pimpinlah aku, afiatkanlah aku dan maafkanlah aku."

Pegawai SPRM dibidas kerana 'ingatan terpilih'

azlan

Pegawai Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) hari ini dibidas oleh Suruhanjaya Diraja yang menyiasat kematian pembantu politik, Teoh Beng Hock kerana mempunyai “ingatan terpilih”.

Penolong pegawai penguatkuasa SPRM, Mohd Ashraf Mohd Yunus ditegur oleh pesuruhjaya T Selventhiranathan kerana mendakwa tidak boleh mengingati perbualan antara seorang pegawai SPRM dan Teoh pada 15 Julai, 2009.

Ketika itu, Mohd Asraf membantu seorang lagi pegawai penguatkuasa, Arman Alies menyoal-siasat Teoh berhubung dakwaan salah guna dana oleh exco Selangor yang juga ADUN Seri Kembangan Ean Yong Hian Hwa dua tahun lalu.

“Nampaknya, awak semacam ada daya ingatan terpilih. Ini kes yang penting dan orang ramai akan mengingati butirannya tetapi awak asyik mengatakan tidak ingat,” kata Selventhiranathan, seorang daripada lima anggota panel suruhaanjaya itu.

Mohd Ashraf, yang tampil sebagai saksi hari ini gagal mengingat kembali jawapan Teoh berhubung soalan atau butiran mengenai apa yang ditanya oleh rakannya,Arman, hari di mana Teoh dikatakan jatuh dari tingkat 14, pejabat SPRM Selangor di Plaza Masalam.

Teoh kemudiannya dijumpai mati pada tempat mendarat, tingkat lima bangunan berkenaan.

Seorang lagi ahli pesuruhjaya, Abdul Kadir Sulaiman, juga melahirkan rasa kekecewaannya dengan jawapan Mohd Ashraf dan menganggap keterangannya sebagai 'anti-klimaks”.

“Semua yang penting, awak kata tak ingat. Kami akan berikan awak 20 minit, cuba awak ingatkan kembali,” kata Abdul Kadir.

-malaysiakini-

Tiada ulasan: