"Ya Tuhanku ampunilah aku, rahmatilah aku,
perbaikilah aku, angkatlah darjatku, berilah aku rezeki, pimpinlah aku, afiatkanlah aku dan maafkanlah aku."

BN Menang Penuh Bergaya

mujahideen
BN menang lagi..dengan gaya tersendiri. Tak perlu ditunjukkan lagi berapa undi kerana semua dah tau. Nampaknya banyak yang boleh diambil pengajaran oleh UMNO bagaimana hendak mencapai kemenangan dalam pilihanraya.

PAS tidak kisah kekalahan dalam PRK. Kekalahan sudah menjadi perkara biasa.Kemenangan di kawasan kubu UMNO adalah bonus. 

Semua petugas PAS telah berusaha. Pahala dah diambilkira dan masuk buku catatan Akhirat.

Strategi BN yang terbaik dalam mana-mana PRK sekarang ialah pelaburan wang yang semaksima mungkin untuk menghadapi pembangkang. Ini sudah menjadi perkara biasa. Kalau nak habiskan RM1000 untuk satu kepala pun masih kecil. Tak luak pun duit komisyen kapal selam dulu.

Suruhanjaya Pilihanraya sebagai badan bebas pula jangan dibiarkan bebas. Dia mesti dikawal oleh pihak yang lebih atas agar kemenangan memihak kepada BN.

Pihak polis pula mesti kawal keselamatan. Jangan sampai bergaduh. Tetapi jika ada laporan terhadap salah laku pihak BN, polis mesti terima laporan tersebut....lepas tu bakulsampahkan saja laporan tu. Pihak parti pembangkang tak boleh buat apa-apa. Lama-lama tenggelam jer semua laporan tersebut...

Pengundi-pengundi mesti dijaga dengan rapi. Apa yang mereka mau kena beri. Apa yang mereka terlupa nak minta pun kena berikan. Yang mereka patut dapat pun kena cipta supaya BN yang berikan. Kena janjikan dengan pelbagai projek segera dan bukan segera agar mereka ternganga.Tempat pengundi yang lapar duit BN memang suka sangat. Mereka tak peduli isu semasa apa penyelewengan yang pemimpin UMNO buat.

Maka jika duit pelaburan banyak, dapat kawal Suruhanjaya Pilihanraya, dapat kawal Polis Diraja...BN tak perlu bimbang. Tiga benda ni jika UMNO dapat selia dengan cemerlang maka cemerlanglah keputusan untuk BN...ha ha...takziah BN..takziah UMNO...

Tiada ulasan: