Tidak seperti pimpinan Umno Barisan Nasional (BN) yang lebih gemar mengekalkan sifat kebangsawanan mereka, Datuk Seri Anwar Ibrahim sebaliknya selesa bertemu rakyat marhaen.
Malah, beliau walaupun sibuk dengan perbicaraan kes Fitnah II dan peranannya selaku Ketua Umum KEADILAN dan Ketua Pembangkang, sempat meluangkan masa menghirup kopi di gerai tepi jalan.
Sebagai seorang pemimpin berjiwa rakyat, minum kopi sambil beramah mesra dengan rakyat bukan sesuatu yang asing buat Anwar.
Hal ini terbukti apabila beliau bersama penduduk Kampung Belah Dua tanpa mengira kaum mahupun usia ketika mengadakan lawatan ke Pulau Pinang baru-baru ini.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan