laniismaa
RM400 juta dituntut. Menantu kepada Ketua Menteri Sarawak, Tan Sri Abdul Taib Mahmud memfailkan permohonan untuk bercerai secara fasakh dan menuntut mutaah bernilai RM100 juta dan RM300 juta sebagai harta sepencarian.
Ia dituntut oleh Datin Seri Shahnaz A. Majid, 48, terhadap ahli perniagaan (agak-agaknya apa perniagaannya), Datuk Seri Mahmud Abu Bekir Taib Abdul Taib, 48.
Ish!! Ish!! RM400 juta dituntut. Perangai 'busuk' suaminya kita tinggalkan dahulu. Shahnaz berani menuntut sebegitu banyak kerana dia mengetahui kekayaan suaminya. Bukannya dia hanya sesedap mulut membuat tuntutan sebegitu. Kekayaan Bekir sebagaimana disebut The Star sebagai billionaire, maksudnya dia mempunyai kekayaan lebih 1 billion. Rakyat cerdik pandai Sarawak tak terasakah dengan kekayaan Bekir itu. Dari mana datangnya kekayaan Bekir itu, masih tidurkah orang Sarawak?
Kalau anaknya mempunyai kekayaan sebegitu, berapa pula kekayaan si bapa yang juga Ketua Perampok di Sarawak. Takkan kekayaan anaknya melebihi kekayaan bapanya yang sebegitu lama membolot harta negeri.
Layaklah kalau rakyat berdemonstrasi/merusuh seperti rakyat Mesir, menghalau pemimpin sebegini. Atau rakyat ingin membiarkan mereka mengeringkan khazanah negara, khususnya Sarawak.
Kalau tak mampu berdemonstrasi pun, ubahlah melalui peti undi. Takkan 'kitak' ingin diperbodohkan zaman berzaman.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan