Peguam Karpal Singh hari ini akan menjawap hujah Peguam Cara Negara II, Datuk Mohd Yusof Zainal Abiden semalam dalam usaha tidak membenarkan permohonan pihak pendakwaan untuk menjadikan tiga barangan kontroversial sebagai bukti.
Menurut Karpla dalam hujahnya sebelum ini, memandangkan tangkapan ke atas ketua pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim itu dijalankan secara tidak sah dan barang berkenaan diperolehi secara tidak adil, justeru ia harus ditolak.
Sebaliknya, Yusof pula berkata mahkamah perlu mempertimbangkan sama ada barangan itu adalah relevant meskipun cara ia diperolehi mengkin 'tidak sah'.
Sambil memetik kes mahkamah di negara-negara Komanwel seperti Britain, Amerika, Jamaica dan Afrika, Yusof dalam hujahnya selama dua jam setengah itu berkata puntung rokok dan botol air minuman daripada tertuduh juga diterima sebagai bukti dalam kes serangan seksual dan pembunuhan.
Berdasarkan hujah kedua-dua pihak, hakim Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur, Datuk Mohamad Zabidin Mohd Diah dijangka akan membuat penghakimannya hari ini.
Keputusan yang memihak kepada pembelaan akan pasti menjadi precedent kepada polis agar lebih berhati-hati ketika membuat tangkapan, manakala keputusan yang menyebelahi pendakwa pula, boleh diterjemahkan sebagai apa-apa barangan yang diperolehi dengan cara yang dipersoalkan kelak boleh dijadikan bukti.
-malaysiakini-
Tiada ulasan:
Catat Ulasan