"Ya Tuhanku ampunilah aku, rahmatilah aku,
perbaikilah aku, angkatlah darjatku, berilah aku rezeki, pimpinlah aku, afiatkanlah aku dan maafkanlah aku."

Antara Harussani Dan Chua Jui Meng

ramziredang

Dalam ucapan di Karnival Penang Harmoni, Chua Jui Meng ada menyatakan,"PAS lain dengan Umno yang saya kenal. Mereka memperjelaskan kekeliruan sehingga ramai bukan Islam dalam Parti Keadilan Rakyat d apat merasai kelainan berbanding berkawan dengan Umno. Sementara di Perak pula, Harussani berkata "sekiranya penjelasan diberikan kepada Nik Aziz, Nik Aziz tetap menggunakan hukum agama yang mengelirukan umat Islam". 

Secara ringkasnya walaupun ucapan dari dua orang yang berbeza, tetapi tersirat maksud bahawa PAS dan UMNO adalah berbeza. Chua Jui Meng menyatakan UMNO mengelirukan orang bukan Islam sementara Harussani menyatakan PAS mengelirukan orang Islam.

Chua jui meng tidak pernah selama ini, cuba memahami Islam dan juga tidak pernah diberi gambaran sebenar tentang Islam. Sehingga dia berada dalam kelompok pembangkang, berkawan dengan PAS, barulah dia mengenali Islam dengan pandangan yang sebenarnya.

Kalaupun tidak sepenuhnya pandangan yang sempurna, sekurang kurangnya dia menyedari bahawa sisi Islam yang di bawa UMNO adalah pincang. Dia baru menyedari bahawa selama berkawan dengan UMNO, dia seolah olah menganggap Islam yang dibawa UMNO yang tidak banyak berbeza dengan orang bukan Islam (dalam soal arak dan judi misalnya) adalah islam yang sebenarnya.

Kini PAS benar benar menjelaskan kekeliruan orang bukan Islam, tentang betapa mulianya Islam yang selama ini disembunyikan dengan cara beragenda oleh UMNO. Lantaran itu mereka akan beranggapan jika orang Islam kembali kuat kepada penghayatan Islam yang sebenarnya, maka orang Islam akan menjadi ekstrem.

Kedua dua orang yang berbeza ini, harussani dan Chua jui memang lama berkawan dan bergelumang dengan UMNO. Sangat menghairankan bila mereka berbeza kesimpulan.

Pandangan Harussani berbeza dari Chua Jui Meng. Jika Chua Jui Meng melihat Islam yang dibawa PAS lebih baik dari UMNO, Harussani pula mempunyai pandangan yang sebaliknya. Harussani melihat Islam yang dibawa PAS lah yang beragenda, sementara Islam yang dibawa UMNO adalah sebenarnya.

Harussani melihat Islam yang dibawa PAS membawa pecah belah, menggunakan agama dengan tujuan politik dan tidak dihayati semulia mulianya. Sementara Chua Jui Meng pula melihat Islam yang dibawa PAS lebih dapat diterima semua bangsa dan agama. Lantaran itulah dia menyebut tentang 'kekeliruan masyarakat bukan Islam'.

Jika diberi peluang berucap tentu sahaja Chua akan memberi penjelasan kepada orang'bukan Islam' tentang kebaikan PAS. Sementara Harussani pula akan menerangkan kepada 'orang Islam' tentang keburukan PAS.

Jelaslah apa yang berlaku dari kedua dua peristiwa di atas ada hikmah yang sangat besar di sisi Allah s.w.t. Mahasuci Allah Yang Maha Agung yang menzahirkan dua peristiwa yang berbeza ini, kefahaman di hati orang bukan Islam dan ketidakfahaman dihati orang Islam yang dipanggil ulama.

Alangkah baiknya jika kedua dua mereka bertemu dan melontarkan persoalan masing masing. Chua jui Meng boleh bertanya kepada Harussani macamana dia boleh keliru dengan PAS dan harussani pula boleh tanya macamana chua jui meng boleh keliru dengan UMNO. Chua jui meng mungkin boleh menjawab dengan mudah bahawa dia telah betul betul menyelami kedua dua UMNO dan PAS, sementara harussani akan termenggu sendiri binggung dengan persoalan dirinya.

Imam al-Ghazali menyebut dalam kitab Bidayatul Hidayah beliau:
Sifat Ulamak dunia,
" Dan orang yang ketiga ialah orang yang telah berpengaruh syaitan atasnya. maka dijadikan Ilmunya perantaraan untuk menimbun harta-benda dan berbangga-bangga dengan pengaruh dan jadi mulia dengan sebab banyak pengikut dan menipu ia dengan ilmunya akan segala tipuan, kerana mengharap berhasil segala hajat nya pada dunia.

Dalam masa yang sama tersemat dalam hatinya merasa bahwa ia disisi Allah mempunyai kemuliaan dan kedudukan, kerana dia sudah bergaya dengan gaya ulamak , dan berasmi dengan adat ulamak pada uniform , tingkah-laku dan cara berbicara, padahal dia dengan zahir dan batinnya serentak telah melompat kepada dunia belaka.

Maka inilah orang yang termasuk dalam golongan orang yang binasa dan orang kurang akal yang terpedaya. Kerana harapan untuk bertaubat telah putus darinya. Sebab pada sangkaannya dia sudah tergolong dikalangan orang yang baik-baik.

Tetapi dia lalai dari memerhatikan firman Allah " Hai orang yang beriman , mengapa kamu katakan suatu perkara padahal kamu tidak lakukannya?". Dan dia sudah termasuk dalam status yang disabdakan Nabi s.a.w " Ada sesuatu yang lebih daku bimbangkan atas kamu lebih dari Dajjal. maka sahabat bertanya " Apakah itu Ya Rasulullah?". Sabdanya "Ulama yang jahat".

Tiada ulasan: