"Ya Tuhanku ampunilah aku, rahmatilah aku,
perbaikilah aku, angkatlah darjatku, berilah aku rezeki, pimpinlah aku, afiatkanlah aku dan maafkanlah aku."

Antara cara 2 Chua

Ust Saiful Bahri
Kita sedia maklum bagaimana salah faham atau buat-buat tak fahamnya Chua Soi Lek setelah beberapa siri PRK.

Kerana terdesak untuk meraih populariti beliau terpaksa mengambil tindakan menyerang Islam yang menjadi dasar dan tunjang perjuangan Pas.

UMNO pula meninggalkan tanggungjawab mereka sebagai kawan kepada MCA untuk menerang dan menjelaskan perkara sebenar tetapi turut sama mengakuinya demi meraih undi dari kalangan masyarakat Tionghua. Inilah akibatnya berkawan dalam UMNO. Meskipun kompenen BN telah berpuluh tahun dibina dengan kuasa pemerintahan yang ada ditangan mereka, kegagalan mereka memberi penjelasan tentang Islam bukan hanya kepada parti kompenen tetapi juga kepada rakyat keseluruhannya. Mereka hanya menjadikan Islam sebagai alat untuk mendapat kuasa tetapi tidak untuk mengamal serta mempraktikkan keadilan dan kesejahteraan Islam.

PAS amal Islam sebenar, Umno mengelirukan

KEPALA BATAS, 7 Mac: Mantan Menteri Kesihatan, Datuk Chua Jui Meng mengakui PAS mengamalkan Islam tulen berbanding Umno yang banyak mengelirukan agama itu menyebabkan parti komponen BN seperti MCA, Gerakan, MIC dan lain-lain tidak berminat mendekati Islam. PAS, kata beliau banyak mengajar dirinya lebih dekat dengan Islam dan merasai ada kelainan bila mana mengadakan perbincangan atau pertemuan dalam Pakatan Rakyat. "PAS lain dengan Umno yang saya kenal. Mereka memperjelaskan kekeliruan sehingga ramai bukan Islam dalam Parti Keadilan Rakyat dapat merasai kelainan berbanding berkawan dengan Umno," jelasnya yang juga Naib Presiden PKR ketika berucap dalam Karnival Penang Harmoni di Dewan Millenium, di sini malam tadi. Turut berucap ialah Ketua Menteri yang juga Setiausaha Agung DAP, Lim Guan Eng, Ketua Penerangan dan AJK PAS Pusat, Ustaz Idris Ahmad dan Mohamad Sabu.


Beliau turut memuji langkah PAS memperjelaskan isu penggunaan kalimah Allah sehingga ada yang pergi ke gereja untuk tujuan berkenaan tetapi sebelum ini tidak pernah terjadi demikian. Natijahnya kata beliau, PAS bukan sahaja dapat merapatkan jurang dengan masyarakat bukan Islam apabila tertubuhnya Dewan Himpunan Penyokong PAS tetapi juga individu bukan Islam tidak bimbang lagi dengan dasar Islam yang didokongi PAS. "Dulu memang orang bukan Islam takut PAS kerana bimbangkan terlalu ekstrem, rupa-rupanya tidak, Umno pula dianggap parti asabiah kerana terlalu mengagung-agungkan kemelayuannya," kata beliau pada malam terakhir pada program anjuran Lajnah Penerangan PAS negeri yang berlangsung selama 10 hari itu. Justeru itu, katanya kebanyakan kepimpinan Umno lebih suka melakukan rasuah, pecah amanah dan tidak mempedulikan penyelewengan untuk melonjakkan nama sendiri bagi memastikan kedudukan terjamin sedangkan PAS terbukti berjaya mempamerkan kejayaan hasil kerjasama dengan bukan Islam dalam PKR dan DAP.
Lagipun, ujarnya Kelantan di bawah pemerintahan Tuan Guru Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat sendiri berjaya membawa contoh sebagai sebuah kerajaan yang bersih dan dapat meningkatkan kemajuan. Ianya, kata beliau tidak seperti mana yang diwar-warkan oleh Umno dan BN kononnya jika memerintah mengikut cara Islam, negeri boleh bankrap dan pembangunan ketinggalan.

Kalau beginilah contohnya. Bagaimana perbezaan dua Chua berdasarkan kelompok parti dan cara berkawan nescaya dalamasa mendatang, kita cukup berkeyakinan bahawa DHPP bakal memainkan peranan dengan lebih bermakna dan kebenaran Pas makin terserlah dan keyakinan bukan Islam terhadap pendekatan Pas dalam memberi penjelasan tentang keadilan Islam akan membuahkan hasil.

Jika Pas telah berjaya memecahkan tembok antara bukan Islam, UMNO yang berada dipenjuru gelanggang bertahan dengan semangat perkauman melayu mereka, pasti akan terhakis jua. Sekali aje UMNO tumbang, nescaya mereka tak akan mampu bangkit sampai bila-bila kerana nyawa UMNO hanya bergantung kepada wang dan kuasa.

Tiada ulasan: