"Ya Tuhanku ampunilah aku, rahmatilah aku,
perbaikilah aku, angkatlah darjatku, berilah aku rezeki, pimpinlah aku, afiatkanlah aku dan maafkanlah aku."

Berapa Ali Rostam belanja untuk PRK Merlimau?

Krew blog ini berkesempatan bersembang dengan beberapa pengundi Merlimau. Dari perbualan itu nyata BN pimpinan Ali Rustam berbelanja amat besar untuk menang di Merlimau.



Pengundi tersebut memberitahu bahawa tiap-tiap seorang pengundi dibayar RM100 seorang pada hari mengundi. Itu tidak termasuk barangan dan duit yang diberi sebelum hari mengundi.
Selain itu petugas BN pula dibayar lebih dari RM100 sehari. Bayangkan berapa banyak duit yang digunakan untuk merasuah pengundi dan membayar elaun petugas. Itu tidak termasuk barangan, bantuan serta merta berupa baiki rumah dan sebagainya. Di tambah lagi dengan projek mee segera, minyak kenderaan, sewa rumah, sewa khemah, banner, bilboard dan seribu satu macam belanja lain.
Tidak hairanlah ada yang menyatakan bahawa perbelanjaan BN lebih dari RM500 juta iaitu setengah bilion.
Persoalannya dari mana BN dan Ali Rustam mendapat duit sebanyak itu. Mana Umno ada duit sebanyak itu. Jawabnya tuan-puan boleh fikirkan sendiri.

Tiada ulasan: