"Ya Tuhanku ampunilah aku, rahmatilah aku,
perbaikilah aku, angkatlah darjatku, berilah aku rezeki, pimpinlah aku, afiatkanlah aku dan maafkanlah aku."

Subra dapat perintah mahkamah sekat Samy Vellu

Bekas timbalan presiden MIC Datuk S Subramaniam dan dua yang lain hari ini memperolehi perintah mahkamah untuk menyekat pengerusi Institut Pembangunan Pendidikan Maju (MIED) Datuk Seri S Samy Vellu daripada menerima masuk 10 anggota baru ke institut itu.

Hakim Mahkamah Tinggi Mohamad Ariff Md Yusof memberikan injunksi interim kepada tiga plaintif selepas mendengar hujah-hujah daripada kedua-dua pihak dalam pendengaran injunksi inter-parte dalam kamar hari ini.

Pada 1 Mac, Subramaniam dan dua yang lain, bekas ketua Pemuda MIC S Vigneswaran dan timbalan pengerusi MIC Kedah Datuk S. Ganesan memfailkan injunksi itu di Mahkamah Tinggi yang menamakan MIED, Samy Vellu dan beberapa anggota Lembaga Amanah sebagai defendan.

Peguam T Rajasekaran dan A Vasanthi mewakili plaintif sementara Chetan Jethwani bertindak untuk defendan.

Ditanya mengenai perkara itu, Vasanthi berkata hakim berkenaan memberikan injunksi interim kepada ketiga-tiga mereka sehingga 14 Mac, di mana hakim tersebut akan memutuskan sama ada untuk melanjutkan injunksi interim sehingga Mesyuarat Agung Tergempar MIED yang akan diadakan dalam masa dua bulan selepas 1 Mac.

Ketiga-tiganya telah mengemukakan satu rekuisisi kepada setiausaha syarikat MIED Rabu lepas untuk mengadakan mesyuarat itu yang akan diadakan dalam masa dua bulan dari 1 Mac untuk menyingkirkan Samy Vellu sebagai pemegang amanah dalam MIED.

Dalam permohonan itu, Subramaniam, Vigneswaran dan Ganesan telah memohon untuk injunksi interim bagi menyekat Samy Vellu daripada mengambil masuk anggota baru ke dalam MIED pada mesyuarat Lembaga Amanah yang dijadual hari ini.
-Bernama-

Tiada ulasan: