"Ya Tuhanku ampunilah aku, rahmatilah aku,
perbaikilah aku, angkatlah darjatku, berilah aku rezeki, pimpinlah aku, afiatkanlah aku dan maafkanlah aku."

Biarlah Tan Sri Harussani membebel seorang diri

salmanalbustaniy

Pemimpin PAS baik pemuda mahupun pimpinan atasan tidak perlu buang masa melayan isu lama yang dibangkitkan semula oleh TS Harussani iaitu isu “Undi PAS masuk syurga”. PAS sudah lama tahu akidah TSH dalam politik. Biarkan dia membebel seorang diri jangan dilayan. 

Jika dilayan media BN-APCO semakin naik toncang setiap hari kupas isu sama sehingga berlangsungnya PRU13.

Kalau TGNA disuakan mikrofon untuk jawab isu tersebut oleh media BN-APCO, berpadalah dengan menjawab : Ambo sibuk dengan urusan pentadbiran negeri Kelantan!.

Tidak perlu dihantar surat kepada TSH untuk diajak berunding. Ajaklah parti komponen PR untuk bincang strategi hadapi BN-APCO dalam PRU13.

Bincanglah macam mana nak tawan hati Melayu UMNO supaya tinggalkan bahtera BN yang bakal karam.
Bincang juga perihal manifesto PR dalam PRU lalu yang belum terlaksana seperti penurunan cukai taksiran kediaman rakyat dan sebagainya di Selangor khususnya..
Penurunan cukai taksiran kediaman rakyat walaupun sikit sebenarnya akan menggugat BN-APCO.
Sudah tahap bosan bila isu ini dilayan oleh pimpinan PAS. Khususny Pemuda PAS Kelantan.

Tiada ulasan: