"Ya Tuhanku ampunilah aku, rahmatilah aku,
perbaikilah aku, angkatlah darjatku, berilah aku rezeki, pimpinlah aku, afiatkanlah aku dan maafkanlah aku."

11.11.11 Tarikh PRU ke 13!

Musli Oli
Tahniah BN menang kerusi Merlimau dan Kerdau! Selepas Kerdau dan Merlimau, jika berlaku pilihan raya kecil ianya mesti berlaku sebelum tempuh pilihanraya kecil berakhir pada 25 Mac ini. Apapun 16 pilihan raya kecil sudah cukup dan memadai untuk menilai kekuatan kedua-dua parti yang bersaing di Malaysia.

Para penganalisis politik sekarang tumpukan perhatian kepada pilihan raya umum.

Jika berdasarkan kenyataan Dato Seri Najib Khamis, pilihan raya umum mungkin diadakan lebih awal. Mungkin akan diadakan pada pertengahan atau selewat-lewatnya November tahun ini. Mungkin pada 11.11.2011 atau 11.11.11.

Dengan kemenangan kerusi Merlimau dan Kerdau, BN menang 8 daripada 16 pilihan raya kecil yang telah diadakan sejak PRU12.

Kerusi-kerusi itu ialah Batang Ai, Bagan Pinang, Hulu Selangor, Galas, Batu Sapi, Tenang, Merlimau dan Kerdau.

Pakatan Pembangkang juga menang 8 kerusi iaitu Permatang Pauh, Kuala Terengganu, Bukit Selambau, Bukit Gantang, Manek Urai, Penanti, Permatang Pasir dan Sibu.

Kedua-dua parti politik sama kuat dan sama handal.

PR merampas 2 kerusi BN, iaitu Kuala Terengganu dan Sibu. BN juga merampas dua kerusi pembangkang, Hulu Selangor dan Galas. Sama kuat dan sama hebat.

Kelebihan BN ialah memenangi 5 pilihanraya kecil yang terakhir. Seolah-olah ada momentum yang memihak kepada BN. Mungkinkah keyakinan rakyat telah kembali kepada BN?

Perlu diingat sebelum PRU 2008, terdapat 5 pilihan raya kecil. Kelima-limanya dimenangi BN. Namun dalam PRU, BN kehilangan lima negeri dan hilang majority dua pertiga di dewan rakyat.

Pada PRU Anwar Ibrahim belum layak bertanding, kali ini Anwar ketua pembangkang dan bersedia menjadi PM.

Renung-renungkan…….

Tiada ulasan: