"Ya Tuhanku ampunilah aku, rahmatilah aku,
perbaikilah aku, angkatlah darjatku, berilah aku rezeki, pimpinlah aku, afiatkanlah aku dan maafkanlah aku."

S'jaya mahu ahli psikiatri temubual keluarga Teoh

Suruhanjaya diraja yang menyiasat kematian Teoh Beng Hock (RCI) hari ini mengarahkan tiga pakar psikiatrik menemubual anggota keluarga termasuk isterinya, Soh Cher Wei, untuk menentukan keadaan mental Teoh sebelum dia meninggal dunia.

Suruhanjaya itu juga mengarahkan pakar psikiatri tersebut menemubual rakan sekerja Teoh dan anggota polis yang menjalankan soal-siasat.

Pengerusinya, Datuk James Foong berkata, Soh adalah saksi penting dalam kes itu.

"Setakat ini, tiada kenyataan (daripadanya), kita patut menelitinya," katanya, sambil menambah, ia dapat membantu siasatan suruhanjaya berkenaan.

Walaupun keluarga Teoh sebelum ini enggan ditemubual oleh pakar psikiatrik, Foong berkata, suruhanjaya akan berusaha untuk meyakinkan mereka.

Tiga pakar psikiatrik terdiri daripada dua dari hospital kerajaan bagi pihak Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) dan yang ketiga oleh Majlis Peguam.
 -malaysiakini-

Tiada ulasan: