"Ya Tuhanku ampunilah aku, rahmatilah aku,
perbaikilah aku, angkatlah darjatku, berilah aku rezeki, pimpinlah aku, afiatkanlah aku dan maafkanlah aku."

Birokasi yang Membawa Malaysia semakin mundur

mchinese
Saya oleh kerana marah sangat, ni saya nak luahkan kemarahan saya di laman TKO ini, Harap harap pemimpin BN yang berhati perut memahami kesulitan kami Rakyat Malaysia

Yang kaya makin kaya sebab mereka ni super, nak lesen balak,,,,boleh, AP kereta.... Boleh, Bas Permit....Satu Malaysia dia orang nak pun Boleh!!!

Malaysia adalah salah satu daripadanya, Pernah saya cuba nak berniaga kecil kecilan, Register syarikat boleh, tapi mahu berniaga tu sangat lah susah, Nak import barang kena AP, Mahu AP kena mintak kat SIRIM, Barang yang saya import cuma bernilai RM 3000, SIRIM mintak RM 7000!!!! kalau tidak KAStam tak bagi masuk.Jadi saya give up.

Lalu saya pi mohon Sirim supaya masaalah ganguan Kastam tidak berulang, mohon SIRIM, Tapi nak uji satu barang kena bayar RM 7000!!! mak ooi!!!! 

OK saya setuju bayar, SIRIM cakap kena import satu sample dulu dengan kastam K1 form. Saya pun import satu sample, Kena bayar Fedex USD 40 untuk pos itu barang dari luar negara, Sampai Malaysia Kastam bagi lepas tanpa K1 form pulak

Bawak barang tu pergi Sirim, Sirim cakap tak boleh apply kerana Kastam tak isi itu K1 form. Pi mintak Kastam dah terlambat pasal barang dah lepas. Jadi saya kena hantar itu sample balik ke luar negara dan hantar balik ke Malaysia, Habis duit saya USD 100 lebih.

Akhirnya saya give up. cari kerja balik sebagai kuli, habis rugi duit saya.

Kalau Malaysia dengan birokasi bodoh macam ni boleh jadi negara maju, Saya potong jari.

Tiada ulasan: