"Ya Tuhanku ampunilah aku, rahmatilah aku,
perbaikilah aku, angkatlah darjatku, berilah aku rezeki, pimpinlah aku, afiatkanlah aku dan maafkanlah aku."

Mayat dicekik ditemui lagi

IPOH: Tidak sampai tiga hari kejadian bunuh Timbalan Pengarah (Kesihatan) Jabatan Veterinar Perak, Dr Rohani Kasim, 38, berlaku satu lagi kes pembunuhan dengan cara hampir sama berlaku di negeri ini, pagi semalam.

Dalam kejadian jam 1.30 pagi semalam, seorang nenek, Teoh Ah Mia @ Teoh Kooi Lan, 73, ditemui mati di rumahnya di Bagan Selatan, Tanjung Piandang, Parit Buntar, kira-kira 160 kilometer dari sini.


Pemeriksaan awal mendapati ada kesan cedera di leher mangsa yang juga ibu saudara kepada Timbalan Menteri Kewangan, Datuk Donald Lim, dipercayai dicekik sebelum dipukul dengan objek tumpul sehingga mati.



Dalam kejadian menimpa Allahyarhamah Rohani, Khamis lalu, mangsa dicekik sehingga mati dalam rumahnya di unit F-1-09, Pangsapuri Permai Lake View Tambun, dekat sini.


Ketua Polis Kerian, Superintendan Mat Fauzi Nayan berkata, mayat Teoh ditemui adiknya, jam 1.30 pagi.



“Kejadian dipercayai bermotifkan samun berdasarkan kesan pintu belakang rumah mangsa diumpil dan kehilangan barang kemas bernilai RM6,000 serta wang RM1,000.




“Mangsa dipercayai dibunuh antara jam 12 tengah malam hingga 1 pagi. Namun, tindakan pantas polis berjaya menahan seorang warga Myanmar berusia 25 tahun di Jalan Bagan, Tanjung Piandang yang dipercayai dapat membantu siasatan kes,” katanya.
-hmetro-

Tiada ulasan: